Terkini

Tiang elektrik tumbang dilanggar lori, sepuluh buah kereta rosak

KUALA TERENGGANU: Sepuluh kereta rosak ditimpa tiang elektrik yang tumbang diseret lori selepas kabelnya tersangkut di bumbung kenderaan itu di Kampung Limbong, Dungun, pagi tadi.

Tiang elektrik tumbang dilanggar lori, sepuluh kereta rosak
TIANG elektrik yang tumbang dan menimpa lebih 10 kenderaan orang awam selepas bumbung sebuah 
lori tersangkut pada kabelnya di jalan berhampiran Kampung Limbong, Dungun. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, berkata ia berlaku kira-kira jam 10.50 pagi tadi apabila lori dipandu lelaki berusia 30 tahun itu melalui lokasi berkenaan. Katanya, pemandu terbabit hanya menyedari kejadian apabila terdengar bunyi bising di belakang kenderaannya.

"Lelaki itu segera memberhentikan lori dipandu apabila mendapati tiang elektrik di lokasi itu tumbang dan menimpa kenderaan orang awam yang diletakkan berdekatan kawasan berkenaan.

Tiang elektrik tumbang dilanggar lori, sepuluh kereta rosak

"Kejadian hanya membabitkan kenderaan orang awam dan tiada kecederaan dilaporkan," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi. Ahmad berkata, kabel di lokasi berkenaan dipercayai tersangkut di bumbung lori terbabit sebelum diseret hingga menyebabkan tiang elektrik di lokasi berkenaan tumbang.

-Berita Harian Online

No comments