Unik...pengalaman menarik penari tarian singa menari dalam akuarium
Berdiri tegak di dalam air saja sudah cukup sukar, inikan pula melakukan pertunjukan tarian singa yang mempunyai banyak pergerakan itu.
Namun, itulah keunikan yang ditonjolkan Aquaria KLCC setiap tahun sejak tiga tahun lalu.
Bersempena Tahun Baru Cina 2016 dan meraikan Tahun Monyet, orang ramai berpeluang menyaksikan tarian singa di dasar akuarium gergasi Aquaria KLCC yang sememangnya cukup mengujakan.
Pengarah Urusan Kumpulan Aquaria KLCC, Datuk Simon Foong berkata, selepas tiga tahun menganjurkan acara tradisi ini, buat julung kalinya Aquaria KLCC menampilkan Raja Monyet menyelam skuba bagi menyemarakkan lagi ketibaan Tahun Monyet Api dalam kalendar Lunar kali ini.
Katanya, pertunjukan tarian siang ini adalah acara tradisi yang dianjurkan sebagai salah satu cara meraikan Tahun Baru Cina dan pengunjung yang berkunjung ke Aquaria KLCC sempena cuti perayaan itu.
“Setiap tahun, bilangan pengunjung yang berkunjung ke Aquaria KLCC di musim perayaan sangat menggalakkan.
“Oleh yang demikian, untuk meraikan mereka serta memberikan kelainan dalam sambutan tahun baru lunar ini, kami memperkenalkan tarian singa dalam dasar akuarium ini dan ia mendapat sambutan yang menggalakkan,” katanya.
Berlangsung selama lebih kurang dua minggu iaitu pada 8 hingga 22 Februari, pengunjung berpeluang melihat bagaimana kecekapan dan kelincahan si ‘singa’ yang melakukan pertunjukan di dalam akuarium.
MyMetro

No comments
Post a Comment