Suami isteri maut, kereta dipandu terbabas bertembung dengan bas ekspress
Kuantan – Sepasang suami isteri maut selepas Perodua Alza yang dinaiki mereka terbabas dan bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 4 Jalan Bentong-Raub, semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohammad Mansor Mohd Noor berkata dalam kejadian pada 11 malam itu, Siti Hawa Razak, 57, maut di tempat kejadian manakala suaminya Mohammad Nur Said, 69, disahkan meninggal dunia di Hospital Bentong. Anak mereka, Mohd Azuan, 30, yang memandu kereta berkenaan, cedera parah akibat tersepit dan kini dirawat di Hospital Bentong, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
“Kemalangan dipercayai berpunca selepas Alza dari arah Raub ke Bentong terbabas lalu memasuki lorong bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan,” katanya menambah keluarga berkenaan berasal dari Kampung Baru Kolam, Pasir Mas Kelantan.
Menurut Mohammad Mansor, akibat pertembungan itu, Siti Hawa yang duduk di bahagian belakang tercampak keluar manakala pemandu bas dan 11 penumpang tidak mengalami kecederaan. – Bernama

No comments
Post a Comment