Inilah wajah terbaru Siti Nuraisyah gadis yang putus kaki digilis lori
PETALING JAYA: Proses pembelajaran SÃti Nuraisyah Shahrin, pelajar yang putus kedua-dua kaki akibat digilis lori bulan lalu dijangka berjalan lancar apabila beberapa bantuan khas telah dan bakal disediakan pihak sekolah.
Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam Mokhtar Manijo berkata, kehadiran semula Siti Nuraisyah, 13, dialu-alukan warga ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap, Sabak Bernam, sehubungan itu beberapa usaha dibuat bagi memudahkan pergerakannya.
“Kita sudah ada rancangan sementara menunggu Siti Nuraisyah hadir semula ke sekolah bagi meneruskan pembelajarannya bersama rakan-rakan lain.
“Setakat ini kita telah dapat kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk laksanakan beberapa pelan bantuan, sama ada dari segi membina atau menaik taraf prasarana dan pengurusan kendiri,” katanya kepada mStar Online, Khamis.
Menurut Mokhtar, pada masa ini kelas Siti Nuraisyah iaitu Tingkatan Satu Kuldi yang pada asalnya berada di tingkat empat bangunan sekolah telah dipindahkan ke aras bawah.
“Tandas juga akan dinaik taraf kepada tandas Orang Kurang Upaya (OKU) dan pintu serta tingkap kelas akan diganti,” katanya.
Mokhtar berkata bagi memudahkan pergerakannya semasa di sekolah, lima laluan khas dilengkapi jubin dan pemegang besi krom akan dibina.
“Laluan itu termasuk untuk ke kelas, tandas, surau, kantin dan tempat perhimpunan. Kerja-kerja pembinaan sudah dimulakan dan ada yang sudah siap,” katanya.
Mengulas lanjut Mokhtar berkata, bantuan kepada Siti Nuraisyah tidak terhad kepada bantuan prasarana sahaja tetapi juga dari segi pengurusan kendiri, penyesuaian diri serta pengawalan emosi.
Katanya, mereka yang terlibat dalam usaha ini ialah guru-guru kelas Pendidikan Khas, rakan-rakan pelajar dan pengawas yang telah dilatih.
“Pelajar juga akan diberi bimbingan dan kaunseling oleh kaunselor berdaftar dan Penolong Kanan 1 akan memberi pengawasan khas terhadapnya,” katanya sambil menambah kelas tambahan juga akan diadakan untuk Siti Nuraisyah.
Sementara itu, bapa tirinya Roslan Sardi, 40, berkata beliau terharu dengan bantuan yang diberikan PPD dan sekolah dalam usaha membantu anaknya supaya dapat terus belajar dengan selesa.
"Sekolah sudah buat persiapan khas, saya sendiri dah tengok, memang cantik, cuma tunggu anak saya nak masuk sekolah semula," katanya.
Dalam pada itu Roslan berkata, beliau juga sedang sibuk membina kediaman yang lebih selesa untuk anaknya.
Sumber - Mstar Online
Siti Nuraisyah Shahrin |

No comments
Post a Comment