Derita isteri tanpa sedari dirinya disihir suami sejak dari awal perkenalan
SETIAP kali memandang wajah suaminya, hati Fida, 41, pasti terusik. Ada rasa kesal dan tidak percaya menjentik mindanya apabila mengenangkan perbuatan terkutuk yang pernah dilakukan suaminya itu dahulu.
Fida tidak pernah menduga lelaki yang dinikahi atas dasar cinta kira-kira 15 tahun lalu itu tergamak menyihirnya demi mahu hidup senang-lenang.
“Saya sedikit pun tidak pernah meragui tindak-tanduknya. Sungguh saya tidak menyangka akhirnya diri ini diperbodohkan,” ujarnya.
Menyingkap kembali memori perkahwinan mereka, Fida berkata, dia mengenali suaminya, Ramli, 42, ketika sama-sama bertugas di sektor swasta di selatan tanah air.
“Ketika bercinta, saya banyak lebihkan keluarga pihak lelaki sampaikan ibu bapa saya berkecil hati. Masa saya juga banyak dihabiskan untuk Ramli sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai anak kepada mereka.
“Saya pun tidak tahu mengapa saya bertindak sedemikian tetapi hal itu menyebabkan percintaan kami mendapat tentangan keluarga.
“Bagaimanapun, demi menjaga nama baik, mereka akhirnya merestui perkahwinan kami,” ceritanya.
Tangkal Taring
Melihat dirinya sekarang, ibu kepada tiga orang anak itu kini menyedari suaminya itu menggunakan sihir penunduk sejak awal perkenalan mereka lagi.
“Tidak hairanlah saya begitu menurut kata-katanya bagai lembu dicucuk hidung. Apa sahaja yang dikehendakinya pasti akan dituruti tanpa banyak soal,” katanya.
Cerita Fida, dia banyak berhabis wang ringgit dan bergolok-gadai barang kemas demi suaminya itu.
“Dia juga mengongkong serta melarang saya balik ke kampung halaman untuk bertemu keluarga. Peliknya, saya ikut sahaja telunjuknya tanpa mempertahankan hak saya,” ujarnya yang sanggup memutuskan hubungan dengan mana-mana rakan yang berani menegur sikap Ramli.
Namun, apa yang lebih mengecewakan Fida, suaminya itu tergamak membawa pulang beberapa orang wanita berlainan ke rumah mereka untuk ditiduri.
“Saya sedikit pun tidak melenting, malah boleh hidangkan air buat mereka. Bukan tidak marah tetapi lidah saya jadi kelu sampai tidak mampu berbuat apa-apa.
“Mujurlah anak-anak tidak tahu perangai buruk bapa mereka kerana masing-masing bersekolah di asrama penuh,” ceritanya.
Wanita yang berasal dari Pantai Timur itu mengetahui dirinya disihir selepas mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Islam At-Tobibi, Kok Lanas, Kelantan pada awal Januari lalu.
“Saya tahu ada yang tidak kena pada diri saya. Lagipun, sebelum ini saya pernah menemui barang-barang mencurigakan seperti azimat taring haiwan dan tangkal kain kuning dalam simpanan Ramli.
“Paling mengejutkan, saya pernah terjumpa patung voodoo tanpa kepala daripada lidi diletakkan di kepala katil di sebelah tempat tidur saya.
“Apa yang menakutkan, patung itu dipintal dengan rambut saya sendiri dan dicucuk dengan pin serta jarum tajam,” jelasnya.
Fida mengakui berasa terkilan ketika diberitahu, patung itu antara bahan sihir yang digunakan suaminya untuk menundukkannya.
“Seperti mana rambut itu dipintal pada patung itu, seperti itulah saya diikat untuk terus turut pada perintah suami.
“Saya juga kerap bermimpi dibelit ular dan diberi makan makanan kotor oleh suami sendiri. Rupa-rupanya, ia petanda saya disihir,” katanya.
Muntah debu
Bercerita mengenai rawatan yang dijalani, Fida berkata, dia memuntahkan debu selepas diperdengarkan dengan bacaan ayat-ayat ruqyah dan diberikan air zamzam.
Menurutnya, dia boleh merasakan perubahan selepas menerima rawatan buat kali kedua di pusat perubatan sama di Nilai, Negeri Sembilan.
“Berkat menjaga solat dan mengamalkan ayat-ayat pembenteng sihir, saya demi sedikit pulih daripada ‘penyakit’ ini. Selepas makin sembuh, saya ada bermimpi suami melambai-lambaikan tangan seolah-olah mengucapkan selamat tinggal.
“Saya juga ada bermimpi dia merayu-rayu agar tidak meninggalkannya. Saya tidak pasti maksudnya, namun kini dia tidak boleh mendekati saya lagi lebih-lebih lagi jika mahu berbuat jahat,” katanya.
Ditanya mengenai rumah tangganya, Fida berkata, dia menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
“Saya tidak fikir untuk meminta cerai kerana tidak mahu anak-anak menanggung sengsara akibat perpisahan kami. Lagipun, kami sudah tua untuk membawa haluan masing-masing.
“Buat masa ini, saya mahu memperbanyakkan ibadat dan berharap Ramli akan bertaubat dan menginsafi perbuatannya,” ujar Fida lembut menutup bicara.
Sumber - KOSMO Online
Gambar Hiasan |

No comments
Post a Comment