Malas Pergi Pasar? Apps Ini Boleh Tolong Anda Dengan Caj Hanya RM 3.00
Malas pergi pasar untuk membeli ikan, sayur, udang dan sebagainya? Jangan gusar kerana kini sudah ada pihak yang cuba menyenangkan anda.
Memperkenalkan satu servis baharu yang dikenali sebagai PasarTap.
Dengan hanya caj penghantaran RM3, pembeli tidak lagi perlu pergi ke pasar dan meredah jalan raya. Cuma perlu klik pada item yang diinginkan dan cuma perlu menunggu 2 jam sebelum menerima barangan dari PasarTap.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hafiz Hashim, servis ini berkonsepkan perniagaan pasar dalam talian yang memberikan perkhidmatan penghantaran kepada pengguna dan barangan-barangan mereka diperoleh dari Pasar Chow Kit.
“Konsep perniagaan kami mudah, pelanggan hanya perlu melayari laman web PasarTap serta memilih pakej barangan mentah atau buah-buahan yang diinginkan di Pasar Chow Kit sebelum penunggang PasarTap akan menghantar sehingga ke pintu rumah.
“Idea penubuhan PasarTap ini tercetus apabila saya bersama beberapa lagi rakan lain termasuk empat daripadanya adalah graduan Universiti Oxford ingin berkhidmat kepada masyarakat di samping melaksanakan perniagaan,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.
Menurut Hafiz juga, ramai peniaga yang berniaga hanya untuk untung tetapi kurang memikirkan kaedah untuk berkhidmat kepada masyarakat.
“PasarTap diusahakan bersama enam lagi rakan yang lain iaitu Ahmad Khairil Anwar, Abdul Talib, Amru Abdul Hamid, Nur Syazana Zawani yang juga graduan daripada Universiti Oxford manakala Azeem Mohamad, 26, dari Universiti Newcastle dan Aliah Jamin, 30,” katanya.
Selain dari aplikasi Android, pengguna juga boleh melayari laman web mereka di www.pasartap.com dan juga di App Store.
Setakat ini, PasarTap cuma membuat penghantar di beberapa kawasan sahaja. Untuk info lebih lanjut, boleh layari www.pasartap.com - Siakapkeli.my

No comments
Post a Comment