Terkini

Ikuti respon "pedas" Editor Majalah Motor Trader terhadap komen Tun Mahathir di blognya

Satu surat terbuka yang ditulis oleh editor majalah permotoran Motor Traders, Chips Yap yang ditujukan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat perhatian netizens di media sosial.

Ikuti respon "pedas" Editor Majalah Motor Trader terhadap komen Tun Mahathir di blognya

Difahamkan, surat tersebut merupakan respon Chips terhadap penulisan Tun M di blognya pada minggu lepas yang menganggap wartawan tidak bersungguh-sungguh memberi liputan terhadap majlis pelancaran enjin baharu Proton.

Di dalam surat terbukanya, Chips mengingatkan Mahathir tentang komitmen para wartawan permotoran terhadap Proton sejak syarikat itu ditubuhkan lebih 30 tahun lalu.

Bagaimanapun, Chips berkata, kepercayaan wartawan bagaimanapun tidak dibalas oleh Proton apabila kesilapan demi kesilapan yang ditegur tidak diperbaiki.

"Bayangkan anda anak kecil yang berada dala kereta Waja dan cermin automatik sering rosak dan anda selalu mendengar ayah anda merungut dia menyesal membeli Proton. Apabila anda besar dan boleh membeli kereta, adakah anda akan memilih Proton", tulis Chips memberi anologi.

Selain itu, Chips juga berpesan kepada Dr. M agar mendalami kesusahan rakyat biasa dengan berkunjung ke pusat servis dan bengkel bagi menukar komponen rosak yang mungkin tidak dilalui olehnya sebagai mantan Perdana Menteri.

Surat tersebut juga turut mengemukakan beberapa contoh pengeluar kereta lain yang komited dalam menghasilkan produk yang bermutu dan boleh diharap.

Chips menulis pengalamannya berkunjung ke Perodua dan terkejut apabila mendapati timbunan kertas yang merupakan cetakan dari forum 'online' yang membincangkan kelemahan kereta Perodua yang dikongsi oleh pengguna.

Menurut Chips, hal ini berbeza sekali dengan Proton yang tidak mempedulikan cadangan Chips agar wartawan permotoran diberi peluang untuk berkongsi idea untuk projek kereta kebangsaan dan pendapat mereka hanya dipedulikan 20 tahun kemudian apabila Datuk Seri Syed Zainal Abidin meminta sumbangan wartawan dalam memperkaya sudut pandang para jurutera Proton.

Sikap rajin dan rendah diri pemilik jenama kereta nombor satu dunia, Toyota turut dipuji oleh Chips.

Selain itu Chips turut berkongsi saat satu ketika dahulu dia pernah bangga dengan Proton.

"Akhir sekali - tentang rakyat Malaysia tidak bangga dengan kereta Malaysia sendiri. Saya raya kita semua pernah pada satu ketika dahulu. Saya ingat lagi pada awal 1990-an, Saya di Frankfurt dan saya ternampak seseorang sedang parkir kereta Proton 412 (Wira). Saya berlari kearahnya dan dengan bangga berkata saya dari negara yang membuat keretanya. Saya bertanya bagaimana kereta itu dan dia memberikan isyarat bagus dan saya berterima kasih kepadanya kerana membeli kereta kita. Saya sangat bangga pada ketika itu. - Siakapkeli.my

No comments