Masyallah Subhanallah wanita ini tak percaya apa yang tertulis di daging
Kuala Lumpur: "Saya memang tidak menyangka, selalunya saya tengok menerusi berita, tetapi semalam, Alhamdulillah, saya juga berpeluang merasai sendiri keindahan dan melihat kebesaranNya."
Itu reaksi suri rumah, Zainab Abdullah, 61, apabila dia menemui daging lembu yang tertera kalimah Allah pada 10.00 pagi di rumahnya di Taman Sri Jaya, Tanjung Karang, Selangor, semalam.
Menceritakan kembali kejadian berkenaan, dia mahu memasak daging akikah cucu perempuannya yang berusia 9 bulan yang sudah disimpan di dalam peti sejuk selama dua bulan.
Namun, apabila memotongnya dengan saiz yang lebih kecil, dia terkejut apabila melihat kalimah Allah pada daging berkenaan dan menunjukkan kepada anak lelakinya, Nazrul Yaakup, 33.
"Subhanallah, memang jelas nampak kalimah itu. Ini tanda kebesaran Allah SWT dan mungkin cara-Nya untuk kita sentiasa mengingatiNya.
"Saya selalu berwirid dan berzikir setiap kali selepas solat dan sentiasa ingat kepada Allah, bila saya dapat juga rezeki seperti ini, memang tak sangka.
"Bila tunjuk kepada anak-anak, mereka ucap Masyallah, Subhanallah. Tetapi saya tidak cerita kepada jiran-jiran lagi," katanya ketika dihubungi.
Dia menyimpan daging yang mempunyai kalimah berkenaan di bahagian sejuk beku di rumah, manakala selebihnya sudah di masak.
MyMetro
Zainab Abdullah kagum dengan penemuan daging lembu yang tertera kalimah Allah |

No comments
Post a Comment