Gara-gara viral di media sosial gadis "bahulu zakar" tampil beri penjelasan
KUALA LUMPUR: Kurang seminggu isu roti sosej berbentuk kemaluan lelaki yang dijual di sebuah gerai di Jonker Walk, Melaka menimbulkan kekecohan di laman sosial, gambar kuih bahulu berbentuk zakar pula tersebar di laman Facebook, semalam.
Gambar yang dimuat naik di laman Facebook Friends Of PDRM itu menunjukkan seorang wanita memegang bahulu berbentuk zakar yang didakwa dijual di sebuah kedai di Langkawi, Kedah.
Menerusi gambar tersebut, harga sebatang bahulu itu ialah RM4.
Bagaimanapun, tindakan gadis terbabit bergambar dengan bahulu ‘zakar’ nyata mencetuskan reaksi pelbagai dalam kalangan pengguna media sosial.
Susulan itu, wanita terbabit yang dikenali sebagai Faridah tampil menjelaskan isu sebenar.
“Gambar yang saya muat naik sebelum Tahun Baru Cina itu telah dipadam beberapa minggu lalu atas nasihat pihak polis kerana bimbang semakin tersebar. Kapsyen gambar tersebut pada masa itu lebih kurang begini; “I don’t know what to say, pelik tetapi benar ada dijual dipasaran.”
“Niat saya hanya untuk memberitahu yang kuih berbentuk alat kelamin lelaki itu berada di pasaran. Saya menemui kuih itu di sebuah kedai runcit. Bagaimanapun, bila saya pergi ke kedai runcit itu semula, kuih itu tidak lagi dijual dan pemilik kedai memberitahu pembekal kuih berkenaan tidak lagi mengeluarkannya,” kata Faridah dipetik sebagai berkata.
Bagaimanapun, jelas Faridah gambar tersebut disebar oleh pihak tertentu menyebabkan timbul salah faham dan menjejaskan keselamatannya.
“Peguam menghubungi saya dan menasihatkan untuk membuat laporan polis terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan gambar tu.
“Sekarang, sesiapa saja yang terlibat, saya akan ambil tindakan undang-undang,” ujarnya. – mD
Gara-gara viral di media sosial gadis "bahulu zakar" tampil beri penjelasan |

No comments
Post a Comment