Terkini

Sup soto mengandungi kepala ayam, halal atau haram memakannya?

Baru-baru ini, kecoh di laman sosial Facebook mengenai sup soto yang mengandungi kepala ayam.

Sup soto mengandungi kepala ayam, halal atau haram memakannya?
Sup mengandungi kepala ayam, halal atau haram?

Kepala ayam boleh dimakan kerana ia bukannya najis, demikian kata pendakwah terkenal Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz.

Hassan berkata, selain najis, bulu dan kuku haiwan yang halal juga tidak boleh dimakan kerana bimbang mendatangkan mudarat.

Justeru dalam hal itu, beliau berkata, kepala ayam boleh dimakan sekiranya dibersihkan dan dibuang bulu terlebih dulu.

“Jika ada individu kata makan kepala ayam tidak boleh, kenapa kepala ikan boleh pula?

“Asalkan haiwan itu disembelih dan bukannya dilanggar, selain dimasak dengan cara betul,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Gambar itu kemudiannya mencetuskan perdebatan hebat antara rakyat tempatan dan negara jiran sama ada kepala ayam boleh dimakan atau tidak.


MyMetro

No comments