Bank Malaysia Kekal Berdaya Tahan - Menurut Laporan S&P Rating Services
SINGAPURA: Bank-bank Malaysia dijangka masih berada dalam keadaan operasi yang sukar pada tahun ini, menurut Standard & Poor's Ratings Services (S&P's) hari ini.
Pertumbuhan ekonomi yang perlahan, diburukkan lagi dengan permintaan lemah di China dan penurunan harga komoditi telah mempengaruhi sentimen perniagaan dan pengguna, kata syarikat penarafan itu.
Bagaimanapun, S&P's percaya sektor perbankan di Malaysia akan kekal berdaya tahan. "Penarafan bank akan terus disokong oleh paras modal yang kukuh, serta pembiayaan dan profil mudah tunai yang mantap.
"Langkah pengawalseliaan yang mengandungi hutang isi rumah dan harga hartanah juga terbukti berkesan dalam menguruskan ketidakseimbangan ekonomi dan gelembung harga," kata Penganalisis Kreditnya Ivan Tan.
S&P's berkata pertumbuhan pinjaman dalam sektor perbankan Malaysia mungkin sederhana kepada 6.0 peratus hingga 8.0 peratus pada tahun ini (purata lima tahun 10 peratus) berikutan ketidaktentuan luaran mengenai kenaikan kadar Fed AS dan pengimbangan semula ekonomi di China.
"Kami mengunjurkan peningkatan secara berperingkat dalam pinjaman tidak berbayar (NPL) kepada 2.0 peratus-2.5 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang, daripada 1.6 peratus dalam laporan terkini Bank Negara Malaysia bagi November 2015.
"Kemerosotan ini dijangka terkawal, memandangkan NPL daripada asas yang rendah. Selain itu, rizab kerugian pinjaman adalah kukuh pada 97 peratus daripada pinjaman susut nilai sehingga November 2015.
"Pada pandangan kami, asas kredit bank-bank Malaysia akan kekal stabil bagi tempoh 18-24 bulan akan datang. Permodalan dan mudah tunai sistem perbankan yang mencukupi menyediakan landasan yang kukuh untuk menghadapi tekanan penurunan," kata Tan.
S&P's menerbitkan laporan terkininya, bertajuk "Prospek Perbankan Malaysia 2016: Bank Kekal Berdaya Tahan Walaupun Hadapi Cabaran Ekonomi" (Malaysia Banking Outlook 2016: Banks To Remain Resilient Despite Economic Road Bumps), hari ini. - BERNAMA
BHarian
Bank Malaysia Kekal Berdaya Tahan - Menurut Laporan S&P Rating Services |

No comments
Post a Comment