Terkini

VIDEO - lelaki maut tercampak dari permainan di taman tema

Satu rakaman video yang dirakam seorang pengunjung menunjukkan permainan berkenaan berpusing-pusing sebelum lelaki itu tercampak dari tempat duduknya

VIDEO - lelaki maut tercampak dari permainan di taman tema
Lelaki itu dilaporkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas terhempas di lantai..

Lelaki yang tidak dikenali itu dilaporkan menaiki permainan berkenaan di taman tema Yangshao di wilayah Mianchi pada Isnin lalu.

Lelaki itu dilaporkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas terhempas di lantai.

Mangsa dilaporkan tercampak dari kerusi selepas tali keselamatan yang dipakainya putus ketika permainan itu berpusing.

Kemalangan itu berlaku beberapa hari selepas seorang remaja maut akibat tercampak ketika menaiki permainan kapal lanun di sebuah lagi taman tema di China.

Remaja berusia 19 tahun itu dilaporkan menaiki permainan berkenaan di sebuah pesta di kampung Jiaguang di wilayah Hebei.


Saksi berkata, ketika kapal itu berayun ke depan dan belakang, remaja berkenaan yang dipercayai mabuk tiba-tiba berdiri.

Remaja itu jatuh ke bawah sebelum digilis permainan berkenaan beberapa kali.

Media tempatan memberitahu, remaja itu mati di tempat kejadian dan dalam keadaan mengerikan. - Agensi/MyMetro

No comments