Bibir mungil model Uganda yang buat ramai tidak tidur malam
MENGEJUTKAN. Akaun Instagram kosmetik terkenal MAC telah dihujani dengan komen-komen berbaur rasis selepas syarikat itu memuat naik gambar bibir seorang model kulit hitam berasal dari Uganda.
Sebaik sahaja gambar model terbabit, Aamito Lagum, 23; dimuat naik, laman instragram itu dipenuhi dengan komen-komen yang menyakitkan hati serta negatif.
Pelbagai gelaran diberikan kepada Aamito disebabkan gambar bibir tebalnya itu.
“Wanita kulit hitam tidak akan menjadi cantik seperti wanita kulit putih. Satu-satunya perbahasan ialah mereka hanya mempunyai melanin yang lebih,’’ demikian antara komen rasis yang diterimanya.
Tidak kurang pula yang menyamakan bibirnya dengan bibir penyanyi Jay Z.
Susulan itu Aamito telah menjawab tuduhan berkenaan di dalam Instagramnya sendiri: `Bibir saya membuatkan anda tidak tidur malam. On @maccosmetics IG’.
Aamito turut mengucapkan terima kasih kepada MAC dan jurusoleknya.
Selepas memenangi program Africa’s Next Top Model, Aamito telah membuat peragaan untuk jenama terkenal seperti Lacoste, Marc by Marc Jacobs, J. Mendel, Rag & Bone, Giles, Jonathan Saunders, Paul Smith, Bottega Veneta, Lanvin, Dries van Noten, H&M, Giambattista Valli dan Hermès.
Dia juga menjadi model kulit hitam pertama yang membuat pertunjukan pembukaan untuk Balenciaga di Paris.
Selain itu, Aamito juga pernah muncul di majalah i-D, Interview, Love, W, British Vogue dan Vanity Fair.

No comments
Post a Comment