Terkini

Aksi pelik dan kelakar di Liga Super Turki yang mencuri tumpuan peminat

Ketika aksi pusingan kelima Piala FA Emirates England hangat berakhir dengan lapan pasukan bakal bertarung di pusingan suku akhir, satu perkara pelik mencuit tumpuan peminat bola sepak dunia.

Gelagat pemain Trabzonspor melayangkan kad merah ke atas pengadil kerana tidak puas hati dengan rakan sepasukannya yang diarah keluar padang dalam aksi liga Turki baru-baru ini.

Liga Super Turki mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan dan antarabangsa dengan satu insiden pelik dan kelakar melibatkan pemain dan pengadil perlawanan.

Aksi pasukan Trabzonspor menentang Galatasaray, menyaksikan pemain pertahanan Trabzonspor Salih Dursun diberi kad merah dan diarah keluar padang selepas membuli pengadil perlawanan dengan melayangkan kad merah kepada pengadil itu.

Dursun melayangkan kad merah itu terhadap pengadil, Deniz Ates Bitnel selepas pengadil itu didakwa mengarahkan rakan sepasukannya Luis Pedro Cavanda keluar padang dan menghadiahkan penalti pada minit ke 87 kepada pasukan lawan.

Pihak berkuasa bola sepak tidak menyedari aksi lucu pemain yang melayangkan kad merah terhadap pengadil terbabit.

Trabzonspor terpaksa beraksi dengan tujuh pemain berikutan kejadian itu sebelum pemain Galatasaray Inan Selcuk menyempurnakan sepakan penalti untuk menang 2-1 dalam perlawanan itu. - MalaysiaGazette

No comments