Keluh Nurul "seolah sia-sia usaha saya selagi orang cop saya anak TPM"
KUALA LUMPUR: Minat Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid membincangkan isu orang ramai sering terganggu apabila statusnya sebagai anak timbalan perdana menteri (TPM) sering dipersoalkan.
Anak sulung Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata banyak pertikaian seperti itu menyebabkannya rasa tidak berbaloi turut terlibat dalam isu-isu semasa, termasuk yang dekat dengan kehidupannya.
“Banyak yang saya hendak cakap melalui tulisan di Instagram tetapi tidak terlarat saya hendak layan sebab mereka nampak saya anak TPM, bukan mewakili kawan-kawan saya.
“Tidak adil bagi diri saya serabutkan kepala dengan orang macam ini. Masalah ini tertinggal begitu saja umpama saya bercakap dengan dinding,” katanya kepada ProjekMMO.
“Baik saya diam. Suka hati merekalah hendak cakap apa. Saya buat kerja saya sajalah. Kalau saya hendak tolong kawan saya tidak guna sebab saya akan dihentam balik.”
Nurulhidayah kembali diperkatakan di media sosial selepas Zahid, yang juga menteri dalam negeri, menyuarakan rancangan membawa 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia.
Menteri itu berkata pengambilan tersebut perlu dibuat susulan sikap belia tempatan yang tidak mahu melakukan kerja 3D iaitu kotor, sukar dan berbahaya.
Nurulhidayah, 36, menerusi Instagram menceritakan kesukarannya pada awal kerjaya dengan gaji RM1,700 sebulan dan pernah juga menjadi pelayan restoran.
Kenyataannya itu mengundang reaksi ramai, termasuk watak parodi popular Amran Fans yang mahu wanita itu bekerja seperti rakyat biasa sebelum mempertahankan idea bapanya.
Ketika dihubungi kelmarin, ketua penerangan Majlis Belia Selangor mendakwa tidak berbaloi melayan kerenah laman parodi itu, yang diikuti hampir 900,000 orang di Facebook.
Tambahnya, media sering mensensasikan perkara yang boleh menarik perhatian ramai sehingga lupa menceritakan sisi positifnya.
“Saya memberi motivasi dan seminar secara percuma kepada belia yang berminat menjadi usahawan. Perkara itu orang tidak mahu viralkan.
“Sebagai salah seorang pegawai Wataniah, saya bermula daripada prebet, perkara itu orang tidak mahu viralkan atau bercerita sebab benda itu tidak ada nilai berita untuk disensasikan.
“Orang cop saya anak TPM senanglah tetapi tidak tahu saya berkawan dengan peniaga kedai makan, peniaga gerai dan penjual burger.
“Masalah ini saya hendak kumpul [dan suarakan] tetapi saya tidak mampu sebab orang nampak saya anak TPM, bukan orang yang mewakili suara orang yang saya gauli,” katanya.
- The Malaysian Post

No comments
Post a Comment