Terkini

Ibu Bunuh Dengan Kejam Anak Kerana Wajahnya Seiras Wajah Kekasih Gelapnya

Sangat kejam dan tidak berhati perut.. seorang wanita membunuh bayinya yang baru dilahirkan dengan cara paling kejam, hanya disebabkan bayi itu punyai wajah sama dengan kekasih gelapnya.

Ibu Bunuh Dengan Kejam Anak Kerana Wajahnya Seiras Wajah Kekasih Gelapnya

Elena Smocot, 27, dijatuhi hukuman penjara 18 tahun kerana membunuh di rumahnya di Romania.

Ketika kejadian, Elena berada di rumah bersama anak lelakinya yang berusia 4 tahun dan anak saudaranya, 7 tahun.

Selepas menyedari bayinya mempunyai wajah berbeza dengan anak dan anak saudaranya, Elena dikatakan memegang kaki bayi itu sebelum menghayunnya ke perabot rumah beberapa kali sehingga anak malang itu berhenti menangis.

Dia kemudian keluar dari rumah, meletakkan bayi itu atas lantai sebelum memijaknya beberapa kali.

Dua kanak-kanak yang berada dalam rumah itu menyedari kejadian berkenaan selepas mendengar Elena menjerit-jerit.

Kanak-kanak terbabit kemudian berlari ke rumah jiran untuk memaklumkan kejadian tersebut sementara Elena pada masa sama, menggunakan jubin yang pecah untuk menoreh dan menarik keluar usus bayi terbabit.

Dia seterusnya mandi selepas meletakkan mayat bayinya di dalam kolam dalam bilik air.

Jenayah kejam ini, telah mengejutkan seluruh masyarakat Romania.

No comments