Anak bekas TPM, lempar fitnah dan burukkan PDRM di media sosial?
Kuala Lumpur – Anak lelaki kepada Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan cuba menghina Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Farhan Yassin melalui akaun instagram miliknya baru-baru ini memuatnaik gambar logo PDRM yang telah diubahsuai dengan meletakkan logo duit.
Anak bongsu kepada Muhyiddin itu turut dikatakan melemparkan kata-kata kesat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika membalas komen yang ditinggalkan oleh rakannya.
RazzanIsmail: Jangan bagi kebab nampak (dikatakan perkataan ‘kebab’ itu merujuk kepada singkatan @KBAB51 iaitu nama akaun Ketua Polis Negara di laman Twitter)
FarhanYassin: ah kebab leh gimam (pergi mampus).
Tindakan itu bagaimanapun telah mengundang rasa kurang senang para pengguna media sosial yang menyifatkan ia sebagai satu bentuk penghinaan kerana logo duit tersebut boleh ditafsirkan sebagai rasuah.
“Dia dengan sengaja memuat naik gambar logo keramat Polis Diraja Malaysia yg telah di edit (lihat gambar) dengan tujuan untuk menghina seluruh pasukan polis yg juga telah berkhidmad dengan penuh dedikasi untuk bapanya ketika menyandang jawatan TPM dulu.
“Bukan apa, saya ada ramai kawan dan ada juga bapa/ibu kepada kawan2 saya yg bekerja sebagai polis. Tindakan anak kepada bekas TPM ni agak keterlaluan kerana telah menghina pihak polis dan juga Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar” tulis Tun Carlos di Facebooknya.
“Macam ini anak (kepada) pemimpin “ulama”? Terjelir sana-sini.. jijik tengok kelaku org macam ini memalukan diri sendiri.” komen Nur Fukachi di laman Facebook.
“Hope ada org report (buat laporan)” tulis Aisah Mohd Shohari.
Walau bagaimanapun hasil tinjuan didapati gambar tersebut akhirnya dipadamkan dari akaun miliknya.
sumber- suaraTV

No comments
Post a Comment