Akibat terkejut sepasang kekasih nyaris maut kereta terbabas masuk parit
SABAK BERNAM: Sepasang kekasih cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas ke dalam parit di Kampung Parit 1 Banat, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, pasangan lelaki warga Indonesia berusia 50-an dan janda berusia 40-an berkenaan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota sukarelawan kampung.
Sumber polis berkata, anggota sukarelawan yang melakukan rondaan terserempak dengan kenderaan itu di kawasan gelap dan sunyi, sebelum menghampirinya.
"Mereka memerhatikan kereta itu kira-kira 10 minit tetapi tiada tanda ada sesiapa di dalamnya.
"Ketika didekati untuk pemeriksaan lanjut, enjin kereta tiba-tiba dihidupkan sebelum pemandu memecut untuk melarikan diri. "Tindakan pemandu itu menyebabkan seorang daripada anggota sukarelawan nyaris dirempuh," katanya ketika dihubungi BH di sini.
Sumber berkata, ketika melalui selekoh, kereta berkenaan gagal dikawal sebelum terbabas ke dalam parit.
"Anggota sukarelawan menghubungi ambulans Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk membawa pasangan ini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) tetapi mereka tidak mengalami kecederaan serius," katanya.
Sementara itu, jurucakap JPAM Sabak Bernam berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian kira-kira jam 1.15 pagi dan tiba di lokasi 20 minit kemudian. "Empat anggota dihantar untuk operasi mengeluarkan mangsa yang berada dalam kereta sebelum dihantar ke HTAJ untuk rawatan," katanya.
Berita Harian Online

No comments
Post a Comment