Didakwa dipukul dan ditumbuk anggota polis, guru agama luka di kepala
ALOR SETAR – Seorang guru agama mendakwa cedera di kepala dan tangan setelah dipukul, ditumbuk dan digari oleh dua anggota polis di Balai Polis Gurun pada Selasa lalu.
Mohd Na’im Zakaria, 29, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Simpang 3, Sungai Daun berkata kejadian berlaku pada kira-kira 10 malam selepas dia yang menunggang motosikal berkuasa tinggi ditahan anggota polis dalam sekatan jalan di hadapan balai terbabit.
“Saya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Haji Majid, Guar Cempedak selepas menghadiri majlis perkahwinan di Sungai Petani. Sampai di tempat kejadian seorang anggota polis berpangkat sarjan telah meminta lesen memandu untuk diperiksa.
“Anggota polis terbabit menanyakan mengenai kuasa motosikal yang saya tunggang dan apabila saya menjawab pertanyaannya, saya terus dimaki dan dimarahi kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mohd Na’im berkata sarjan itu dan seorang koperal kemudiannya menggari tangannya dan membawanya masuk ke dalam balai berkenaan tanpa memberitahu kesalahan yang dilakukan.
“Masuk sahaja dalam kawasan balai mereka terus menyepak kaki, menumbuk bahagian belakang dan kepala dan mengheret saya seperti seorang penjenayah.
“Selain itu, mereka turut mengeluarkan kata-kata kesat dan memperlekeh kerjaya saya sebagai seorang guru.
“Tindakan mereka itu telah menyebabkan kepala saya berdarah selain mengalami lebam di bahagian tangan akibat digari. Saya juga telah ditahan di lokap hampir lima jam dan ini menyebabkan saya menjadi trauma dan terkilan dengan tindakan dua anggota polis terbabit,” katanya.
Katanya dia telah membuat laporan di pondok polis di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada keesokan harinya (10 Feb) semasa mendapatkan rawatan di hospital itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan juga siasatan dalaman dari sudut tatatertib terhadap dua anggota polis itu. – BERNAMA

No comments
Post a Comment