Inikah antara punca utama Mukhriz tumbang di Kedah?
Majlis angkat sumpah Exco Kerajaan Negeri Kedah sudah pun berlangsung dan teka-teki tentang siapakah yang bakal dilantik, bakal digugurkan atau dikekalkan telah terjawab. Sembilan barisan Exco akhirnya dikekalkan jawatan masing-masing dengan hanya sedikit perubahan pada portfolio mereka sebelum ini.
Sebelum majlis angkat sumpah itu berlangsung, sudah kedengaran bunyi 'busuk' dari kem bekas Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Mahathir. Mungkin bila hati sudah 'busuk', maka yang keluar dari mereka, hanya yang 'busuk-busuk' sahaja.
Selepas majlis angkat sumpah selesai, mereka ucap tahniah pada sembilan Exco yang dikekalkan. Tapi dalam tahniah itupun, mereka sempat cucuk jarum 'busuk hati', cuba melaga-lagakan antara barisan Exco dan Adun-Adun BN.
Busuk atau tidak hati perut mereka apabila sengaja mengucapkan 'takziah' kepada Adun BN yang tidak terpilih sebagai Exco. Kononnya Adun-Adun BN itu memasang angan-angan dan dijanjikan untuk dilantik sebagai Exco, tapi impian itu tidak kesampaian.
Lebih jijik lagi kebusukan hati mereka, Adun-Adun BN itu sengaja diperhangatkan lagi caci maki yang mereka terima selepas menuntut Mukhriz digugurkan, kononnya dikhianati pula dengan janji yang tidak tertunai sementara jawatan yang diidam pula diisi oleh Exco lama.
Nampak atau tidak permainan busuk hati mereka yang mendakwa 'pejuang parti' yang kononnya mahu 'memperkukuhkan parti'? Mereka itu yang Mukhriz simpan dalam kem beliau? Patutlah tidak lama jadi Menteri Besar, kem beliau sendiri yang 'sokong membawa rebah'!
Penulis tidak nafikan, mungkin ada di kalangan Adun BN Kedah yang bercita-cita untuk dilantik ke jawatan Exco. Tapi mereka itu bukanlah jenis yang mengada-ngada atau gilakan jawatan, hingga tidak mahu lepaskan jawatan walaupun hilang kepercayaan majoriti.
Adun-Adun BN Kedah yang tidak dilantik itu bukanlah jenis 'khianat parti' yang tergamak memburuk-buruk dan memperlekeh orang lain bila hilang jawatan. Mereka bukan jenis yang suka heret pihak Istana dan rakyat yang tidak tahu apa-apa bila kuasa politik atau 'projek cari makan' mereka tergugat.
Lebih penting, Adun-Adun BN dan Exco yang baru angkat sumpah itu bukannya mempunyai orang-orang keliling yang berhati busuk seperti di kem bekas Mukhriz. Mereka tahu tentang kepentingan parti melebihi dari bos mereka.
Itulah sebenarnya yang gagal difahami oleh mereka yang tinggal di kem Mukhriz. Mereka fikir mereka bijak dan hebat bila diterima untuk berada di keliling Mukhriz. Padahal, mereka itu hanyalah 'terpaksa' dibawa masuk untuk menutup lolongan-lolongan 'tak cukup makan' di media sosial saja...
Mereka mendakwa mereka berjaya dalam kem Mukhriz? Apa yang penulis lihat, mereka hanya berjaya mempopularkan Mukhriz secara peribadi pada golongan netizen. Tidak lebih dari itu. Netizen itu pula ramai yang bukan dari Kedah, bukan pengundi, ahli PAS tegar, malah Red Bean Army pun ada!
Dimomokkan Mukhriz berjiwa rakyat dengan selfie-selfie terancang? Turun minum di kedai tepi jalan pun bawa pasukan media sosial upahan untuk rakamkan gambar dan sebar untuk di kalangan rakyat, kononya bos mereka 'berjiwa rakyat'? Lakonan drama murahan apakah ini? Itu tahap mentaliti kem Mukhriz untuk memperbodoh rakyat Kedah?
Pada pandangan penulis, jika berada ditempat Mukhriz, sudah lama penulis 'buang' mereka-mereka yang 'sokong bawa rebah' itu. Bukan saja 'nasihat-nasihat yang tak boleh pakai', malah sikap 'busuk hati' yang ada pada mereka hanya menjahanamkan nama baik Mukhriz di negeri Kedah.
Sebenarnya, penulis difahamkan bahawa ramai rakyat Kedah yang memerhati permainan bodoh kem Mukhriz yang memburukkan imej bos mereka itu. Tapi mereka pendam kerana ramai netizen yang 'jahil' sudah terpengaruh dengan propaganda 'tin kosong' tersebut. Ramai yang merungut di belakang...
Kepada Mukhriz, kesempatan yang diberikan Allah untuk bertugas sebagai Adun BN biasa kali ini, patut digunakan sepenuhnya untuk memahami budaya sebenar politik Kedah. Mungkin beliau berniat untuk 'berani berubah' budaya politik UMNO di Kedah.
Tapi bagaimana hendak 'berani berubah' jika Mukhriz sendiri gagal memahami budaya yang hendak di'berani berubah' itu? Apabila tidak faham dengan budaya politik Kedah, tapi degil juga mahu 'berani berubah', maka sedialah untuk beliau sendiri di'berani berubah'kan oleh budaya politik Kedah itu sendiri.
Pemimpin politik berpengalaman seperti Tan Sri Sanusi Junid dulu pun pernah menerima padah, apatah lagi Mukhriz yang hanya berjaya jadi pemimpin melalui cara 'beri laluan' kerana hormat pada jasa Dr Mahathir. Itu yang Mukhriz gagal fahami selama ini agaknya, kan?
- Artikel asal -Utaranews.com

1 comment
Biasa la politik, kotor dan jijik
Post a Comment