Inilah sebabnya kenapa Nas-T dan Atita nikah awal sebulan dari tarikh sebenar
BANGI: Pelakon Nas-T memberitahu keputusan bernikah dengan Atita Haris dibuat sebulan awal disebabkan foto mereka menghadiri kursus perkahwinan sudah tersebar di internet.
Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasruddin, 33, berkata, perkara tersebut membuatkan keluarga kedua-dua pihak berasa kurang senang dan meminta mereka mempercepatkan pernikahan.
"Pada awalnya kami rancang untuk bernikah pada 4 Mac depan tapi selepas foto-foto hari pertama kami ketika kursus kahwin tersebar di internet, keluarga kami desak agar dipercepatkan.
"Jadi, selepas dapat sahaja sijil kahwin, kami terus cari tarikh terdekat untuk bernikah," ujarnya kepada mStar Online.
Nas-T dan Atita atau nama sebenarnya Nur Atikah Haris, 24, ditemui pada majlis sidang media mengenai pernikahan mereka yang diadakan di Qna Republic Cafe, di sini, Rabu.
Pasangan ini sah sebagai suami isteri pada 29 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan pada pukul 7.30 pagi di Surau Al-Ikhlas, Subang Jaya dekat sini.-mstaronline

No comments
Post a Comment