Larang berceramah: Hussain sedia bagi penjelasan sekiranya diberi peluang
SHAH ALAM - Pendakwah bebas, Hussain Yee bersedia untuk memberikan sebarang penjelasan kepada Kerajaan Negeri Johor sekiranya diberi peluang bagi merungkai segala kekeliruan yang timbul berhubung isu larangan berceramah di negeri berkenaan.
Menurut Hussain, sebelum larangan berkenaan dikeluarkan, dia tidak dimaklumkan serta mengadakan sebarang perbincangan dengannya terlebih dahulu bagi memberikan penjelasan mengenai isu tersebut.
Oleh sebab demikian, beliau berharap agar Kerajaan Negeri Johor dapat memberikan ruang buat dirinya untuk mengadakan perbincangan disamping menjelaskan isu yang berlaku tersebut secara lebih terperinci bagi menggelakkan kekeliruan timbul khususnya dikalangan masyarakat bukan islam.
“Kita lihat agama Islam ini begitu cantik dan kalau ada masalah dari segi perbezaan pendapat dan maklumat, Islam telah mengajar kita untuk selesai masalah mengikut panduan ditetapkan dalam agama.
“ALLAH juga ada berfirman di mana apabila kamu berselisih serta berbeza pendapat dalam apa jua masalah, makan hendaklah kamu kembali kepada al-Quran dan sunnah Nabi untuk cari penyelesaian,” katanya.
Buat masa ini, Hussain memaklumkan bahawa beliau masih belum dipanggil oleh kerajaan negeri Johor untuk memberikan sebarang penjelasan mengenai isu tersebut
Walaupun sudah hampir 35 tahun bergiat aktif dalam bidang dakwah, Hussain memaklumkan bahawa ini merupakan kali pertama beliau menerima larangan bagi menyampaikan sebarang ceramah atau mengajar di negeri berkenaan.
“Saya sendiri tidak dapat penjelasan yang jelas mengapa larangan itu dikeluarkan namun secara umumnya pihak berkenaan mengatakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh saya menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.
“Sebab itu saya berharap agar pihak berkenaan dapat menyediakan ruang untuk saya memberikan sebarang penjelasan mengapa larangan itu dikeluarkan,” katanya.
Dalam pada itu, Hussain yang juga merupakan ahli Majlis Syura Pulau Pinang turut memaklumkan bahawa beliau sebelum ini juga sudah beberapa kali terlibat dalam program-program ceramah dan mengajar di Johohr bagi membantu menyelesaikan kes-kes murtad dan penghijrahan saudara baru.
“Bila jadi macam ini, saya pun tertanya-tanya juga apa yang saya buat sehingga mengelirukan org ramai. Saya sendiri pun keliru.
“Orang awam akan keliru kerana kita layan sesuatu isu itu ikut pandangan. Agama tak ikut kita tapi kita kena ikut agama. Orang yang ada ilmu agama suruh kita ikut dia, sedangkan Islam itu mudah.,” katanya.
Sebelum ini, Kerajaan Johor mengesahkan telah mengeluarkan arahan larangan berceramah atau mengajar agama Islam ke atas 16 penceramah bebas di negeri ini.
Exco Agama Johor, Abdul Mutalip Abdul Rahim berkata, keputusan itu diambil kerana mendakwa penceramah terbabit tidak sealiran dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah-sinarharian
Larang berceramah: Hussain sedia bagi penjelasan sekiranya diberi peluang |

No comments
Post a Comment