Waspada dan berhati-hati!! 7 lokasi maut di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur
Kuantan: Polis akan memberi tumpuan kepada tujuh lokasi di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di negeri ini yang dikenal pasti sebagai kawasan sering berlaku kemalangan maut dalam Op Selamat 8 sempena Sambutan Tahun Baru Cina, minggu depan.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata, lokasi berkenaan membabitkan daerah Kuantan, Temerloh serta Maran dan pihaknya akan bekerjasama dengan syarikat konsesi yang menguruskan lebuh raya itu bagi memantau keadaan trafik.
“Berdasarkan statistik kita, kawasan berkenaan mencatatkan jumlah kemalangan maut tertinggi berbanding kawasan lain di negeri ini dan kita akan memberi tumpuan kepada lokasi berkenaan.
“Untuk laluan LPT berhampiran Kuantan, tumpuan diberikan di Kilometer (KM) 203, KM208 dan KM211 manakala bagi daerah Maran pula KM182 dan KM152 selain KM95 dan KM117 untuk daerah Temerloh,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan gimik pemeriksaan kenderaan Op Selamat 8 sempena perayaan Tahun Baru Cina, di sini, semalam.
Mengulas mengenai lokasi kemalangan maut di daerah lain, Sharifuddin berkata, tiga lokasi kemalangan maut sudah dikenal pasti di Rompin dan Jerantut, dua lokasi di Pekan, Bentong dan Bera manakala masing-masing satu di Lipis dan Raub.
Menurutnya, seramai 23 pegawai dan 254 anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri akan terbabit dalam Op Selamat 8 yang bermula semalam hingga 16 Februari ini.
Katanya, jumlah kemalangan dicatatkan dalam Ops Selamat 7 sempena perayaan itu tahun lalu menunjukkan peningkatan 787 kes berbanding 770 kes pada tahun sebelumnya.-hmetro
7 lokasi maut di Lebuhraya Pantai Timur yang perlu anda ketahui - gambar hiasan |

No comments
Post a Comment