Kesian... wanita ini maut akibat renjatan eletrik di lantai kedai milik suami
KOTA BHARU – Keengganan seorang wanita untuk mendapat rawatan susulan di hospital selepas terkena renjatan elektrik tengah malam Sabtu, berakhir dengan kematiannya tiga jam kemudian di Kampung Badang, di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam, Nurul Izzati Che Mohamed, 24, dikatakan terkena renjatan elektrik selepas memijak lantai kedai jualan alat telekomunikasi milik suaminya yang terletak di Jalan Pantai Cahaya Bulan.
Selepas kejadian, pakaian mangsa terbakar di bahagian kaki menyebabkan dia menjerit dengan kuat sehingga mengejutkan suami yang sedang tidur bersama dua anak mereka yang masih kecil di dalam kedai tersebut.
Difahamkan, keluarga mangsa tinggal di kedai tersebut sejak tiga bulan lalu.
Bimbang keselamatan mereka, suaminya seorang mualaf hanya dikenali sebagai Iskandar, 20-an, membawa mangsa dan anak-anak mereka ke rumah ibu angkatnya, Halimah Wan Idris, 82, yang terletak kira-kira lima kilometer dari kedai.
Menurut Halimah, apabila mangsa tiba, dia hairan melihat kesan merah pada pipi mangsa selain kesan melecur pada tangan dan kaki.
“Nurul Izzati memberitahu dia tidak mahu ke klinik, selain meminta jangan ganggu kerana perkara kecil. Dia tidak pula mengadu sakit ketika itu.
“Apabila Nurul meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi, kami rasa terkilan. Saya percaya dia sebenarnya menahan kesakitan di sebalik kain selendang yang membalut badannya cuma dia enggan menyusahkan kami,” katanya ketika ditemui hari ini.
Halimah turut memberitahu, ketika memeriksa keadaan Nurul Izzati, dia terkejut kerana mangsa sebenarnya melecur teruk bermula dari kaki hingga ke paras pinggang serta di kedua-dua belah tangan.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Pisang, di sini semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-utusanonline
Nurul Izzati Che Mohamed |

No comments
Post a Comment