Fenomena pantai membeku di China - 10 foto menarik keindahan pantai Bohai
BEIJING: Cuaca sejuk melampau yang melanda China kebelakangan ini telah mewujudkan suasana lebih ceria di sekitar bandar Qinhuangdao apabila ia kini menjadi tumpuan pelancong.
Bandar industri ini berubah wajah apabila pantai Bohai di bandar yang terletak di wilayah utara Hebei membeku dan membentuk kepingan dan titisan ais di kawasan berbatu.
Perubahan lanskap itu tentunya sesuatu yang mengejutkan buat 2.7 juta penduduknya.
“Sebelum ini, pantai berkenaan tidak popular, namun apabila fenomena ini berlaku, ia berjaya menarik minat ramai orang, malah ada yang sanggup meredah perjalanan beratus-ratus kilometer semata-mata untuk menyaksikan keindahan pantai ini,” kata pengawal pantai ketika melakukan rondaan.
Pusat Ramalan Cuaca Laut Marin Utara China telah mengeluarkan amaran biru selepas laut dilitupi dengan ais di Teluk Liaodong selama tiga hari berturut-turut pada awal minggu lalu.
-mstaronline

No comments
Post a Comment