Terkini

Tragedi kren tumbang di Masjidil Haram 40 suspek dijangka didakwa

MANAMA: Tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah bakal menyaksikan kes itu dihadapkan ke mahkamah apabila 40 suspek dijangka didakwa dalam masa terdekat.

Tragedi kren tumbang di Masjidil Haram 40 suspek dijangka didakwa
Tragedi kren tumbang di Masjidil Haram 40 suspek dijangka didakwa

Setakat ini, dokumen membabitkan 40 suspek itu sudah dirujuk ke pendakwa raya untuk pendakwaan.

Akhbar harian Arab, Al Watan memetik sumber berkata, 30 suspek adalah pengarah, juruteknik dan ketua projek di syarikat kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pelebaran masjid, manakala 10 suspek adalah kakitangan sektor awam.

Kata sumber lagi, lebih banyak nama mungkin disenaraikan kerana siasatan masih diteruskan.

Menurut akhbar itu, siasatan awal terhadap beberapa suspek bermula di Jeddah sejak dua bulan lalu.

Dalam kejadian itu, 107 jemaah terbunuh dan 238 cedera selepas sebuah kren tumbang pada September.

Raja Salman Bin Abdul Aziz memerintahkan keluarga mangsa dibayar satu juta riyal (RM1.1 juta) sebagai pampasan.

Beliau turut memerintahkan satu juta riyal (RM1.1 juta) diberikan kepada keluarga mangsa yang mengalami kecederaan kekal. Pembayaran sebanyak 500,000 riyal (RM556,000) juga diumumkan bagi mangsa yang cedera. -mstar

No comments