Guru kejam, denda ketuk ketampi lebih 200 kali pelajar alami kencing berdarah
MIRI: Seorang ibu kepada pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di sini yang kesal dengan tindakan seorang guru mengenakan hukuman ke atas anaknya sehingga menyebabkan pelajar terbabit mengalami kencing berdarah akibat pendarahan dalaman, membuat laporan polis kelmarin.
Laporan itu dibuat oleh ibu pelajar terbabit di Balai Polis Lutong dekat sini kelmarin (31 Januari) meminta polis menyiasat tindakan guru terbabit yang didakwa menghukum pelajar secara tidak profesional dan tidak mengambil kira kesannya terhadap kesihatan pelajar.
Bercakap kepada Utusan Borneo di sini semalam, beliau yang merupakan suri rumah dari Desa Senadin di sini berkata anak lelakinya belajar di tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini mengadu mengalami kesakitan dan kencing berdarah pada malam 20 Januari lalu.
“Risau dengan keselamatannya, saya terus menghantar anak saya ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan lanjut dan selepas menjalani beberapa pemeriksaan, dia kemudian ditahan di hospital untuk pemerhatian dan rawatan susulan.
“Saya dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya bahawa anak saya mengalami bengkak urat dan terdapat kecederaan dalaman pada otot-otot yang memberi kesan terhadap buah pinggang dan menyebabkan dia mengalami pendarahan semasa membuang air kencing,” jelasnya.
Tambahnya, gara-gara hukuman ketuk ketampi lebih 200 kali itu anaknya terpaksa dimasukkan ke hospital selama sembilan hari untuk rawatan lanjut dan membolehkan buah pinggangnya dicuci.
Beliau diberitahu oleh anaknya, bahawa dia dan pelajar-pelajar kelasnya yang lain dikenakan hukuman itu oleh guru kelas mereka kerana tidak membersihkan kelas dan mengelap tingkap pada Isnin, 18 Januari lalu.
Untuk satu kesalahan mereka dihukum ketuk ketampi sebanyak 100 kali.
Manakala mangsa bersama beberapa rakannya yang tidak membuang sampah daripada tugasan mereka di kelas tersebut pada Jumaat sebelumnya, ditambah denda 100 kali lagi ketuk ketampi menyebabkan dia menerima hukuman ketuk ketampi lebih 200 kali (kerana jika mereka tidak serentak mereka perlu mengulanginya semula).
“Saya tidak menghalang malah menyokong guru mendenda pelajar yang ingkar arahan termasuk anak saya jika benar mereka bersalah, namun apa yang saya kesal ialah hukuman tersebut tidak profesional dan tidak sesuai dengan pelajar apatah lagi jika hukuman itu boleh menjejaskan kesihatan pelajar.
“Saya membuat laporan polis pada 31 Januari (semalam) bagi membolehkan polis dan Kementerian Pendidikan mengambil tindakan serta memastikan perkara itu tidak berulang kepada pelajar,” katanya yang turut ditemani suaminya.
Malah pasangan itu mengakui anak mereka kini amat trauma dengan kejadian tersebut dan bimbang menjejaskan tumpuan dan pembelajarannya lebih-lebih lagi anaknya bakal menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada akhir tahun ini.
Sementara itu, Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) yang turut bersama pasangan tersebut semalam turut melahirkan rasa kesal dengan insiden tersebut dan menggesa kementerian mengambil tindakan tegas bagi mengelak perkara tersebut berulang kepada pelajar lain.
“Kami tidak menentang jika guru mahu mendenda pelajar kerana kesalahan dilakukannya, namun biarlah denda itu mengikut kesesuaian umur dan tahap pelajar tersebut serta tidak memudaratkan mereka,” kata Setiausaha PEDAS Bill Kayong.
“Jika perkara ini berlaku kepada salah seorang pelajarnya, bagaimana dengan pelajar lain yang tidak bersuara kerana takut dan tidak berani memberitahu ibu bapa mereka walaupun sakit.
“Perkara ini bukan sahaja menjadikan mereka trauma malah boleh mewujudkan rasa takut dan bukan rasa hormat di kalangan pelajar,” katanya dan menggesa sekolah terbabit bertindak wajar bagi menghilangkan trauma pelajarnya.-utusanborneo
Guru kejam, denda ketuk ketampi lebih 200 kali pelajar alami kencing berdarah - gambar hiasan |
Laporan itu dibuat oleh ibu pelajar terbabit di Balai Polis Lutong dekat sini kelmarin (31 Januari) meminta polis menyiasat tindakan guru terbabit yang didakwa menghukum pelajar secara tidak profesional dan tidak mengambil kira kesannya terhadap kesihatan pelajar.
Bercakap kepada Utusan Borneo di sini semalam, beliau yang merupakan suri rumah dari Desa Senadin di sini berkata anak lelakinya belajar di tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini mengadu mengalami kesakitan dan kencing berdarah pada malam 20 Januari lalu.
“Risau dengan keselamatannya, saya terus menghantar anak saya ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan lanjut dan selepas menjalani beberapa pemeriksaan, dia kemudian ditahan di hospital untuk pemerhatian dan rawatan susulan.
“Saya dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya bahawa anak saya mengalami bengkak urat dan terdapat kecederaan dalaman pada otot-otot yang memberi kesan terhadap buah pinggang dan menyebabkan dia mengalami pendarahan semasa membuang air kencing,” jelasnya.
Tambahnya, gara-gara hukuman ketuk ketampi lebih 200 kali itu anaknya terpaksa dimasukkan ke hospital selama sembilan hari untuk rawatan lanjut dan membolehkan buah pinggangnya dicuci.
Beliau diberitahu oleh anaknya, bahawa dia dan pelajar-pelajar kelasnya yang lain dikenakan hukuman itu oleh guru kelas mereka kerana tidak membersihkan kelas dan mengelap tingkap pada Isnin, 18 Januari lalu.
Untuk satu kesalahan mereka dihukum ketuk ketampi sebanyak 100 kali.
Manakala mangsa bersama beberapa rakannya yang tidak membuang sampah daripada tugasan mereka di kelas tersebut pada Jumaat sebelumnya, ditambah denda 100 kali lagi ketuk ketampi menyebabkan dia menerima hukuman ketuk ketampi lebih 200 kali (kerana jika mereka tidak serentak mereka perlu mengulanginya semula).
“Saya tidak menghalang malah menyokong guru mendenda pelajar yang ingkar arahan termasuk anak saya jika benar mereka bersalah, namun apa yang saya kesal ialah hukuman tersebut tidak profesional dan tidak sesuai dengan pelajar apatah lagi jika hukuman itu boleh menjejaskan kesihatan pelajar.
“Saya membuat laporan polis pada 31 Januari (semalam) bagi membolehkan polis dan Kementerian Pendidikan mengambil tindakan serta memastikan perkara itu tidak berulang kepada pelajar,” katanya yang turut ditemani suaminya.
Lapran polis yang dibuat oleh ibubapa pelajar berkenaan |
Sementara itu, Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) yang turut bersama pasangan tersebut semalam turut melahirkan rasa kesal dengan insiden tersebut dan menggesa kementerian mengambil tindakan tegas bagi mengelak perkara tersebut berulang kepada pelajar lain.
“Kami tidak menentang jika guru mahu mendenda pelajar kerana kesalahan dilakukannya, namun biarlah denda itu mengikut kesesuaian umur dan tahap pelajar tersebut serta tidak memudaratkan mereka,” kata Setiausaha PEDAS Bill Kayong.
“Jika perkara ini berlaku kepada salah seorang pelajarnya, bagaimana dengan pelajar lain yang tidak bersuara kerana takut dan tidak berani memberitahu ibu bapa mereka walaupun sakit.
“Perkara ini bukan sahaja menjadikan mereka trauma malah boleh mewujudkan rasa takut dan bukan rasa hormat di kalangan pelajar,” katanya dan menggesa sekolah terbabit bertindak wajar bagi menghilangkan trauma pelajarnya.-utusanborneo
No comments
Post a Comment