Kerajaan negeri Johor keluar arahan melarang 16 individu berceramah di negeri itu
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri mengesahkan sudah mengeluarkan pekeliling dan arahan melarang 16 individu yang juga penceramah bebas untuk berceramah atau mengajar kelas agama di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abdul Mutalip Abdul Rahim, berkata ia susulan kebimbangan disuarakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berhubung perpecahan yang timbul dalam kalangan umat Islam.
Katanya, kerajaan negeri tetap dengan pendirian melarang penceramah bebas berkenaan untuk berceramah atau menyertai sebarang majlis keagamaan di negeri ini bagi mengelak berlaku kekeliruan atau mengeluarkan kenyataan tidak sesuai dengan Johor.
"Tuanku sebut Johor perlu jadi Johor dan mereka yang mempersoalkan hukum tahlil, bertahmid, tarikat dan sebagainya ini menimbulkan kekeliruan dan keraguan dalam kalangan umat Islam di negeri ini.
"Sebelum ini (zaman dahulu) tidak timbul soal hukum tahlil dan sebagainya, tetapi bila adanya mereka (penceramah) yang mengeluarkan kenyataan ini, sehingga mewujudkan perpecahan dan perbalahan antara umat Islam itu sendiri," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Abdul Mutalip berkata, pihaknya masih memantau beberapa penceramah bebas lain yang akan juga tidak dibenarkan untuk berceramah di negeri ini dan akan diputuskan dalam tempoh terdekat.
"Masing-masing ada Undang-undang Tubuh dan Enakmen sendiri, jadi apa yang diperkatakan itu amalkan sahaja di negeri mereka dan tidak perlu membawa kekeliruan itu di Johor.
"Berceramah bukan satu medan untuk mencari makan dan tidak keberatan saya katakan mereka ini hanya mencari makan kerana dahulu tidak pernah timbul isu seperti ini," katanya.
Dokumen larangan berkenaan dipercayai tersebar dan menjadi viral menerusi aplikasi WhatsApp sehingga penceramah yang tersenarai sudah mengeluarkan kenyataan di beberapa portal media hari ini.
Dokumen kerajaan itu antara lain menyenaraikan nama Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin dan penceramah bebas, Fathul Bari serta 14 individu lain.
-bharian.com.my/node/120510
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abdul Mutalip Abdul Rahim |

No comments
Post a Comment