Terkini

[Video] Amukan gajah liar mengejutkan penduduk dan musnahkan harta benda

Seekor gajah liar didapati memasuki kampung-kampung dan bandar di barat India, memusnahkan rumah-rumah dan apa sahaja di hadapannya.


Gajah yang dipercayai tinggal di hutan Baikunthapur memasuki Bandar Siliguri di negeri Bengal Barat dalam keadaan berlumuran darah.


Dalam amukan tersebut ianya telah memusnahkan apa sahaja termasuk motorsikal, kereta dan rumah penduduk.


Amukan itu sempat dirakam penduduk setempat dan berjaya ditenangkan selepas ditembak dengan ubat penenang oleh pihak berkuasa tempatan.



Ia kemudian dibawa ke sebuah taman khas untuk taman gajah jinak yang dikekalkan oleh jabatan hutan.-mailonline


No comments