Terkini

Warga emas maut akibat dihempap sebuah tong gas seberat 920 kilogram

IPOH: Seorang lelaki warga emas maut akibat dihempap sebuah tong gas seberat 920 kilogram dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan sebuah motosikal di Jalan Lahat di sini, petang tadi.

Warga emas maut akibat dihempap sebuah tong gas seberat 920 kilogram
Cheah Seaw Oon @ Cheah Seaw Oow maut akibat dihempap tong gas

Dalam kejadian itu, penunggang motosikal, Cheah Seaw Onn, 65, bekerja sebagai pembantu restoran maut di tempat kejadian selepas badannya ditimpa sebuah tong gas yang jatuh dari sebuah lori.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bomba Pasir Puteh, Ismail Darus, berkata tujuh anggotanya bersama sebuah jentera dan sebuah ambulans EMRS bergegas ke lokasi berkenaan sejurus menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 5.27 petang.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, pihaknya terpaksa minta bantuan sebuah trak tunda bagi mengalihkan tong gas jenis logam klorat yang menimpa badan mangsa.

"Dalam kejadian itu, lima tong gas termasuk satu daripadanya yang menimpa mangsa jatuh daripada lori manakala tujuh lagi masih berada dalam lori berkenaan.

"Sementara itu mangsa yang dihempap tong gas berkenaan diserahkan kepada pasukan perubatan daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sebelum mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya.

Ismail berkata, susulan kejadian itu, pihaknya mengarahkan orang ramai supaya tidak mendekati lokasi kejadian berikutan satu daripada tong gas berkenaan mengalami sedikit kebocoran dan mengandungi gas mudah terbakar. Satu pasukan unit HAZMAT, Bomba ke lokasi kejadian bagi menguruskan kerja-kerja pembersihan.-bharian

No comments