Bingung!! Selepas minum air itu saya bingung dan tidak ingat apa yang terjadi
Mangsa dikatakan meminum air mineral yang diberikan lelaki berkenaan sebelum terpedaya dengan dakwaan dia akan memperoleh batu delima merah yang boleh mengubati pelbagai penyakit.
Selain itu, mangsa dijanjikan ada pembeli sanggup membayar RM80,000 untuk mendapatkan batu delima itu daripadanya dan dia hanya perlu menyimpan untuk beberapa jam.Mangsa, Mohd Mottasir Mohktar, 74, berkata, dalam kejadian jam 11.10 pagi, dia baru selesai membeli barang keperluan di pekan Bukit Gambir.
“Ketika saya ingin menaiki motosikal, tiba-tiba dua lelaki menepuk bahu dan bertanyakan arah sebuah kedai dan mendakwa pemilik kedai itu tahu melihat batu merah sebelum menunjukkan kepada saya.
“Belum sempat saya berkata apa-apa, lelaki itu menarik tangan saya ke dalam sebuah Perodua Kancil dan memasukkan batu itu ke dalam air mineral sebelum ia kelihatan bercahaya.
“Pada masa sama, lelaki berkenaan meminta saya meminum air mineral di dalam satu botol baru kerana cuaca panas,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, seorang lagi lelaki menghubungi isterinya yang didakwa di Melaka dan meminta RM80,000 dimasukkan ke dalam akaunnya kerana mahu membeli batu berkenaan.
“Bagaimanapun, lelaki itu (suspek utama) berkata, dia tidak boleh menjual batu berkenaan kepada rakannya kerana batu terbabit perlu dijual kepada saya sebelum dijual kepada pihak lain.
“Dia mendakwa ia adalah syarat jualan batu berkenaan sebelum kedua-duanya bersalaman dan mengucapkan tahniah kepada saya kerana terpilih untuk menyimpan batu itu.
“Tanpa disedari, saya menyerahkan RM50 kepadanya sebelum lelaki itu bertanya sama ada saya mempunyai buku akaun sebelum saya menjawab ada buku Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Tabung Haji di rumah,” katanya.
Menurutnya, lelaki itu memintanya mengambil kedua-dua buku terbabit menyebabkan dia pulang ke rumah dan mengambil buku berkenaan sebelum kembali ke pekan Bukit Gambir.
Katanya, sebaik tiba di pekan, dia bagaikan tidak boleh berfikir dan terus ke sebuah bank untuk mengeluarkan RM1,500 dari akaun Tabung Haji.
“Ketika berada di dalam satu bank lain untuk mengeluarkan wang dari akaun ASB, saya diberitahu kaunter berkenaan menghadapi masalah dan perlu ke Tangkak menyebabkan saya dan dua lelaki itu bergerak ke Tangkak menaiki Perodua Kancil.
“Apabila tiba di Tangkak, saya mengeluarkan RM2,500 dan semua RM4,000 diserahkan kepada lelaki itu di Hentian Bas Tangkak,” katanya.
Menurutnya, seorang daripada lelaki itu berjanji memberikan RM80,000 kepadanya dalam tempoh terdekat dan akan menghubunginya sebelum membayar tambang teksinya ke Bukit Gambir dan menghilangkan diri.
“Apabila tiba di pekan Bukit Gambir, saya bingung dan tidak ingat hari apa sedangkan orang ramai sibuk ke masjid untuk solat Jumaat.
“Selepas jam 2 petang, saya pulang ke rumah dan masih tidak percaya apa yang berlaku hinggalah solat Asar sebelum menyedari saya sebenarnya ditipu dua lelaki berkenaan.
“Saya cuba menghubunginya, namun gagal dan membuat laporan polis pada 20 Januari lalu bagi mengelak kejadian sama berulang kepada orang lain,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan, namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.-hmetro
Selepas minum air itu saya bingung dan tidak ingat apa yang terjadi |

Mangsa menunjukkan laporan polis dibuatnya |
No comments
Post a Comment