Terkini

Raha tampil menafikan orang ketiga punca berpisah tapi memang dah tawar hati

Apabila berita penceraian Salih Yaacob dan isteri keduanya Nor Raha Hamad tersebar, Salih tidak menafikan wujudnya orang ketiga dalam perkahwinan mereka dan segalanya berpunca selepas bekas isterinya itu menghadiri reunion sekolah.

Raha tampil menafikan orang ketiga punca berpisah tapi memang dah tawar hati
Raha tampil menafikan orang ketiga punca berpisah tapi memang dah tawar hati 




Walaubagaimanapun, Raha hari ini telah tampil menerusi Kosmo Online dan menafikan perkara berkenaan. Jelas Raha, beliau akui pernah meluahkan hasrat untuk berpisah dan sepanjang tempoh itu Salih hanya berdiam diri dan tidak pernah menghubungi beliau untuk bertanya khabar.


Perkara itu yang membuatkan Raha mula tawar hati lebih-lebih lagi selepas Salih tidak pulang ke rumah dan saat itu beliau merasakan berpisah adalah jalan terbaik buat mereka berdua.


Mungkin berlaku salah faham antara Salih dan Raha sehingga bekas penyampai radio itu mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada media. Harapnya dengan penjelasan terbaru oleh Raha tiada lagi sebarang spekulasi yang dibuat mengenai rumah tangga mereka, lagipun Raha juga sudah move on dan mempunyai kehidupan baharu.-kosmoonline

No comments