(10 gambar) kerana taksub dengan emas dorong lelaki ini bina hotel emas
Antara keinginan manusia jika kaya ialah mahu makan dan tidur di atas longgokan emas. Malah, raja dan orang terkaya sejak zaman dulu kala juga memiliki impian itu.
Bagaimanapun, keinginan untuk menjamu selera di atas longgokan emas mudah direalisasikan dengan membina kabinet dapur daripada logam berharga itu. Tetapi, untuk tidur dan hidup bersama emas mungkin sukar dilakukan.
Sebab itulah, di seluruh dunia, hanya ada dua kediaman mewah menggunakan nama ‘hotel emas’ iaitu Emirates Palace di Abu Dhabi dan Swisshorn Gold Palace di Hong Kong.
Pembinaan Swisshorn Gold Palace Hong Kong memerlukan dua setengah tan emas dan tukang emas turut terbabit membinanya.
Disebabkan tidak pernah dilakukan sebelum ini, kos bagi membuat permaidani oriental daripada emas menelan belanja RM347,224,900. Dan, itu kos pada tahun 2006.
Hotel Swisshorn Gold Palace sebenarnya cuma ada satu bilik. Saiznya pula agak sederhana. Ia terletak di tingkat pertama dalam bangunan dimiliki syarikat Hang Fung Gold Technology di Kowloon.
Bagaimanapun, pinggan mangkuk dan semua peralatan bilik air termasuk mangkuk tandasnya diperbuat daripada emas tulen.
Bahagian lain hotel itu pula disalut emas termasuk paip air.
Pembinaan peralatan di bilik air hotel itu menggunakan sekurang-kurangnya 380 kilogram emas tulen, manakala hiasannya menggunakan 6,200 batu permata.
Mahu menginap di sini? Boleh asalkan anda sanggup membayar RM110,069.70 semalam.
Pakar pemasaran syarikat itu berjaya mencari jalan mengatasi kekurangan tetamu menginap di hotel itu. Caranya ialah dengan menyewakannya untuk pelbagai majlis dan keraian seperti ulang tahun kelahiran dan jamuan majlis perkahwinan.
Swisshorn Gold Palace juga menjana keuntungan daripada pelancong yang ingin melihat sendiri kemewahan hotel itu dan mahu bergambar di dalamnya.
Caj untuk masuk ke dalam bilik hotel itu ialah RM12.70 sekali masuk dan perlu mendapat kebenaran jika mahu merakam video dan membuat penggambaran.
Taasub dengan emas
Sebagai kanak-kanak yang membesar pada era Revolusi Kebudayaan China, Lam Sai Wing, 53, sangat taasub dengan emas.
Menurutnya, dia terpaku dengan satu ayat ditulis pengasas Parti Komunis Russia Vladimir Lenin: “Apabila kita menang pada skala dunia, saya fikir kita boleh menggunakan emas untuk membina tandas awam jalanan di beberapa bandar terbesar di dunia.”
Lenin sebenarnya merujuk kepada utopia sosialis mengenai kehidupan tanpa memerlukan wang, tetapi Lam mentafsirkannya sebagai kemiskinan yang pernah membelenggu dirinya.
Ini kerana Lam jarang dapat makan daging dan sewaktu berusia tujuh tahun, dia bergelut dalam kemiskinan apabila terpaksa membantu ibu dan enam adik beradiknya menjual pisang dan kacang tanah.
“Hidup ini terlalu sukar,” kata Lam dalam satu temu bual di pejabatnya yang dihiasi emas termasuk tiang dan patung.
Pada usia 22 tahun, Lam lari dari kampung halamannya yang semua penduduknya miskin di Chaozhou, China dengan berjalan kaki selama sebulan sebelum berenang merentasi sungai ke Hong Kong.
Sejurus tiba, Lam mencari saudara-maranya di Hong Kong sebelum menjadi perantis tukang emas. Tidak lama kemudian, dia membuka kedai kecil menjual barang hiasan.
Apabila China mula membuka ekonominya pada 1979 sebagai sebahagian daripada gerakan reformasi menyeluruh, Lam antara orang pertama membuka kilang di tanah besar itu sebagai pengeluar barang kemas dengan mengambil kira-kira 100 pekerja di bandar selatan Dongguan.
Menjelang 1998, Lam mempersiapkan syarikatnya untuk lebih terbuka dan melancarkan peruncitan baru.
“Saya sedar membina tandas emas cara terbaik untuk saya jadikannya realiti kerana sudah tertanam dalam ‘kepala’ saya sejak berusia 16 tahun,” katanya.
Katanya, dia yakin harga emas yang agak rendah ketika itu bakal naik. Lantas dia membeli emas pada harga RM846.69 satu auns untuk melindungi nilainya terhadap inflasi.
“Anggap saja ia satu pelaburan, tambahan pula kita boleh biarkan orang ramai melihatnya dengan bayaran masuk dan kita boleh menggunakannya untuk melancarkan jenama kami,” katanya.-Hmetro

No comments
Post a Comment