Terkini

Polis buka kertas siasatan terhadap Tun Dr. Mahathir atas isu fitnah - KPN

GEORGETOWN: Polis akan memulakan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kandungan blognya yang dilaporkan mempunyai unsur fitnah.

Polis buka kertas siasatan terhadap Tun Dr. Mahathir atas isu fitnah - KPN


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata setakat ini pihaknya menerima beberapa laporan polis yang dibuat sejak beberapa hari lalu.

"Ya, kita akui ada menerima laporan polis yang dibuat sejak semalam dan dua hari lalu. "Kita akan buka kertas siasatan, dan jika benar ada kes fitnah, kita akan serah kepada Jabatan Peguam Negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, pagi tadi.

Dr Mahathir dalam tulisannya di blog http://chedet.cc, 3 Februari lalu, mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali tidak akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Najib.-BHarian

No comments