Terkini

Kereta terbabas langgar tiang di highway, wanita hamil 8 bulan maut

NILAI – Seorang wanita hamil 8 bulan antara dua yang maut dalam kemalangan di KM 279 Lebuhraya Plus Arah Utara kira-kira jam 4.40 pagi tadi.

Kereta terbabas langgar tiang di highway, wanita hamil 8 bulan maut

Dalam kemalangan itu juga, seramai enam penumpang lain mengalami cedera parah, apabila kereta Toyota Wish yang dinaiki mereka, terbabas sebelum melanggar tiang lampu di sebelah kiri jalan.

Kedua-dua mangsa, Suzan Safarina Rosli,30, dan Nadiah Hidayayul Syima,28, meninggal dunia semasa menerima rawatan di HTJS, akibat cedera parah di kepala.

Manakala salah seorang daripada mereka yang cedera itu, berada dalam keadaan kritikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Zaldin kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan siasatan lanjut masih lagi diteruskan. – Sinar Harian Online

No comments