Terkini

SPRM Tercabar bila ada perkara yang tidak boleh didedahkan kepada umum

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghadapi cabaran berat apabila berdepan dengan halangan untuk tidak mendedahkan perkara tertentu.

SPRM Tercabar bila ada perkara yang tidak boleh didedahkan kepada umum

Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaacob berkata, ekoran sekatan itu, orang ramai pula menyifatkan bahawa organisasi itu menyorokkan sesuatu perkara daripada pengetahuan umum.

“Ini yang jadi masalah. Kita bukan sorok apa-apa, cuma undang-undang tidak membenarkan kami mendedahkan sesuatu pada masa tertentu.

“Tapi sebaik seseorang itu didakwa di mahkamah dan segalanya didedahkan, kami tidak lagi menyorokkan apa-apa. Namun orang ramai berpersepsi bahawa kami terlambat kerana mereka sudah tahu mengenainya,” katanya dalam satu temubual bersama stesen radio organisasi terbabit hari ini.

Rohaizad dalam masa yang sama turut mempersoal tentang kehendak sebenar orang ramai.

“Apakah kita nak menghukum orang tersebut sebelum dia didapati bersalah atau kita nak cari kebenaran?

“Dalam pencegahan rasuah ini kita punya kerja senang, kita nak mencegah rasuah, bukan nak cari salah orang. Kita cuma nak cegah rasuah dan salah guna kuasa,” tegasnya.

Katanya, Bahagian Komunikasi Strategik SPRM akan menyampaikan segala maklumat semampu yang boleh kepada orang ramai supaya mereka memahami bahawa organisasi itu menjalankan tugasnya mengikut lunas undang-undang. – FMT

No comments