Terkini

Warga Bangladesh dibelasah selepas disyaki beri upah sebelum rogol remaja OKU

Bayan Lepas: Lelaki Bangladesh ditahan disyaki merogol remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) di Bayan Baru, di sini, semalam.

Warga Bangladesh dibelasah selepas disyaki beri upah sebelum rogol remaja OKU
Kejadian disedari oleh pengawal keselamatan lalu melaporkan kepada mangsa

Menurut sumber, mangsa, 13, diberi upah RM10 oleh suspek yang kemudian merogolnya di tangga flat terbabit.

"Kejadian itu dilihat pengawal keselamatan yang kemudian memberitahu bapa remaja terbabit.

"Bapa remaja itu bersama beberapa penduduk menahan suspek yang berusia 38 tahun dan menyerahkannya kepada polis," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.-Hmetro

No comments