Terkini

Berang isteri dicabul, vokalis Genji Buskers belasah warga Nepal hingga pengsan

Kumpulan penyanyi Genji Buskers di dalam status Facebook mereka mendakwa seorang warga Nepal telah bertindak mencabul dengan memeluk dan meraba isterinya.

Berang isteri dicabul, vokalis Genji Buskers belasah warga Nepal hingga pengsan
Warga Nepal yang dipercayai mencabul isteri kepada vokalis Genji Buskers pengsan selepas ditumbuk oleh lelaki itu

Gara-gara kerana terlalu berang dengan seorang lelaki yang dipercayai warganegara Nepal yang didakwa mencabul kehormatan isterinya, vokalis pemuzik jalanan Genji Buskers, Mustam Mustapa membelasahnya sehingga pengsan.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan dalam membanteras jenayah yang melibatkan warga asing.

Katanya, kejadian yang berlaku terhadap isterinya itu membuktikan bahawa kebanjiran warga asing di Malaysia menyebabkan negara ini sudah tidak lagi aman.

“Bini (isteri) aku kena raba, korang (menteri) buat apa?

“Isteri saya yang bertudung litup ini menjadi mangsa dipeluk, dicabul,” katanya kepada pemberita di luar Balai Polis Dang Wangi selepas selesai membuat laporan polis malam semalam.

Berang isteri dicabul, vokalis Genji Buskers belasah warga Nepal hingga pengsan

Tulisnya: hati2 dgn nepal… aku ngah setup brg busking dpn sogo td.. dia dtg peluk farah n raba… farah tumbuk sedas… aku just jalankan kewajipan sbg suami sahaja… tak sedar tau2 keras pastu darah meleleh … aku tau lps ini aku yg kedalam… tq ‪#‎najibrazak‬ rezeki aku bukan dikaki lima lagi… selepas berkahwin dugaan lebih besar yg dtg …


– Malaysiakini

No comments