Terkini

Video menarik dan pemandangan indah di sekitar sungai lima warna

CANO Cristales yang mempunyai keunikan tersendiri ini terletak di Serrania de la Macarena di wilayah Meta, Colombia.

Video menarik dan pemandangan indah di sekitar sungai tujuh warna
Video menarik dan pemandangan indah di sekitar sungai lima warna

Ia turut digelar sebagai Sungai Lima Warna atau Liquid Rainbow selain diiktiraf sebagai sungai tercantik di dunia.

Pada akhir Julai hingga November, permukaan sungai tersebut akan berwarna kuning, hijau, biru, hitam dan merah yang dihasilkan oleh tumbuhan endemik, Macarenia clavigera.

Tumbuhan tersebut biasanya ditemui di beberapa sungai tempatan seperti Cano Siete Machos.

Batu kuarzit di Serrania de la Macarena itu dipercayai terbentuk kira-kira 1.2 bilion tahun lalu.

Selain itu, ia juga terletak di sempadan tiga ekosistem terbesar; Andes, Eastern Llanos dan Amazon yang mana setiap daripadanya kaya dengan flora serta fauna.

Air Sungai Lima Warna tersebut sangat jernih kerana kekurangan nutrien dan zarah kecil. - lonely planet



Info

*Serrania de la Macarena adalah hutan hujan hidrofitik iaitu panas, lembap dan sejuk.

*Ia menjadi habitat kirakira 420 spesies burung, 10 spesies amfibia, 43 spesies reptilia dan lapan primat.

*Sungai Lima Warna ini, mempunyai tumbuhan akuatik tetapi tidak didiami ikan. - Sinar Harian

No comments