Terkini

Anak kecil hampir terjatuh pangsapuri, jika jatuh siapa yang nak disalahkan??

SUDAH acapkali kita dengar kes kecuaian ibu bapa dan penjaga dalam hal penjagaan kanak-kanak.

 Anak kecil hampir terjatuh pangsapuri, jika jatuh siapa yang nak disalahkan??
Menerusi rakaman yang dimuatnaik seorang pengguna Twitter, dapat dilihat seorang
kanak-kanak berjalan di tingkap rumah pangsapuri yang terbuka luas

Mungkin tidak mengambil pengajaran daripada kes-kes yang pernah berlaku, maka terjadilah insiden seperti dalam video yang dikongsikan ini.

Menerusi rakaman yang dimuatnaik seorang pengguna Twitter, dapat dilihat seorang kanak-kanak berjalan di tingkap rumah pangsapuri yang terbuka luas.

Nasib baik budak itu sempat diselamatkan, kalau tak.. tak tahulah nasib adik tu macam mana.

Buat ibu bapa yang ada anak kecil dan tinggal di rumah bertingkat, sentiasalah awasi pergerakan anak-anak anda.

Lebih baik beringat sebelum sebarang kecelakaan berlaku. – MYNEWSHUB.CC

No comments