Sam tunaikan janji bawa penggemar "ais krim"nya hadir ke majlis resepsi
Kuala Lumpur: Seramai 800 pemenang bertuah aplikasi permainan telefon pintar, Sam's Ice Cream berpeluang bertemu pelakon pujaan mereka, Shaheizy Sam, 34, dan isterinya, Syatilla Melvin, 25, pada majlis resepsi 20 Februari ini.
Mereka terpilih selepas memenangi permainan yang dilancarkan pada 12 Januari lalu sekaligus menjadi tetamu jemputan khas pada majlis di Interior Design City Centre (IDCC) Shah Alam.
Kakitangan swasta, Faziela Abdul Hamed, 28, berkata, dia memuat turun aplikasi permainan itu sebaik saja mengetahui bakal bertentang mata dengan Sam jika memenangi permainan itu.
Seorang lagi pemenang, Mohamad Khir Idris, 30, berkata, dia bermain permainan itu pada waktu lapang dan tidak sabar untuk menghadiri majlis berkenaan bersama isterinya.
Sementara itu, suri rumah Nor Diyana Alang Kamaruddin, 29, berkata, bukan sahaja dirinya yang akan menghadiri majlis itu dengan suami, tetapi ibu dan adiknya akan bersamanya selepas turut memenangi pertandingan itu.
Permainan itu dilancarkan dalam sidang media sama ketika Sam mengumumkan perkahwinannya dengan Syatilla secara mengejut selepas berteka-teki mengenai hubungan mereka.
Dia sebelum ini pernah berkata bahawa tidak kisah mengenai semua perancangan majlis yang dibuat untuknya dan Syatilla yang diuruskan ibunya, Kathy Fauziah.
Namun, satu majlis bersama peminat mesti diadakan kerana dia sangat menghargai sokongan mereka sepanjang kerjayanya sebagai pelakon sehingga pernah diangkat sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama tiga tahun iaitu 2010, 2012 dan 2014.
Sam selamat bergelar suami Syatilla pada 8 Februari lalu dalam satu majlis di Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan sekali lafaz.
Resepsi bersama peminat ini adalah majlis kelima dan terakhir buat pasangan yang sudah mengenali antara satu sama lain sejak enam tahun lalu.- Hmetro
Sam tunaikan janji bawa penggemar "ais krim"nya hadir ke majlis resepsi |

No comments
Post a Comment