Misi pencarian MH370 mungkin gagal - ulas Ketua Pesuruhjaya ATSB
CANBERRA – Selepas hampir dua tahun operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang mengetuai misi itu akhirnya mengakui operasi tersebut kemungkinan ‘tidak akan berjaya’.
Ketua Pesuruhjaya ATSB, Martin Dolan berkata, perkara itu berikutan, sehingga kini hanya satu bukti fizikal ditemukan iaitu serpihan flaperon yang terdampar di Pulau Reunion, Lautan Hindi, kira-kira 3,701 kilometer dari zon pencarian utama pada Julai tahun lalu.
“Keadaan itu menimbulkan persoalan. Adakah kami semua terlepas sesuatu?,” ujarnya kepada Bloomberg.
Dolan memaklumkan, operasi pencarian MH370 itu dijangka berakhir penghujung Jun ini jika tiada petunjuk baharu ditemukan selepas empat buah kapal memeriksa kawasan seluas 119,994.15 kilometer persegi di Lautan Hindi.
“Kami telah bersedia dengan pelbagai kemungkinan, namun kehilangan MH370 sukar diramal dan kemungkinan misi pencarian kami ini gagal,” ujarnya.
Akhir bulan lalu, Dolan memberitahu laman web Australia, News Online, kru pencarian telah meneliti semula segala petunjuk yang ada bagi memastikan mereka tidak terlepas pesawat berkenaan yang dipercayai ketika melalui ruang udara Lautan Hindi.
Sumber - UTUSAN ONLINE

No comments
Post a Comment