Lelaki terkejut apabila tiba-tiba ular tersebut menegakkan kepala dan mematuk
ALOR GAJAH - Seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Alor Gajah nyaris dipatuk ular tedung selar sepanjang tiga meter dalam operasi menangkap ular di Kampung Londang, lewat petang kelmarin.
Muhammad Jumat Rahim, 28, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 7.15 malam, dia bersama tiga lagi anggota JPAM sedang mencari ular terbabit yang berada dalam kawasan semak selepas keluar dari sebuah reban ayam milik penduduk.
Menurutnya, bagaimanapun ular seberat kira-kira 15 kilogram berada pada jarak lebih kurang semeter darinya dan secara tiba-tiba menegakkan kepala serta cuba mematuk ke arahnya.
Katanya, dia yang terkejut segera menjauhkan diri sebelum ular terbabit menuju ke arah bertentangan dan dalam tempoh 40 minit mereka berjaya menangkap ular itu dengan kekuatan empat anggota JPAM.
“Masa itu saya tak perasan ular tersebut berada berdekatan saya lebih-lebih lagi ketika itu cuaca hampir gelap dan kawasan yang bersemak dalam kebun penduduk.
“Namun akhirnya pada jam 7.50 malam kami berjaya menangkap ular itu menggunakan buluh dan tonjol ular,” katanya ketika ditemui di pejabat JPAM Alor Gajah, di sini semalam.
Sementara itu pemilik kebun, Jaafar Ibrahim, 51, berkata, kehadiran binatang reptilia itu pada mulanya hanya disedari oleh salah seorang anaknya yang ternampak haiwan berkenaan berada dalam pagar reban ayam miliknya.
Menurutnya, dia kemudian mendekati reban ayam terbabit bagi memastikan sama ada ia benar ular ataupun sebaliknya dan terkejut mendapati sebahagian badan ular tedung selar bersaiz lebih kurang sebesar lengan lelaki berada dalam reban ayam.
“Saya ketika itu memang berada di luar rumah dan mendapati bunyi bising di reban ayam namun tidak mengesyaki apa-apa sebelum anak memaklumkan hal itu.
“Terus saya menghubungi seorang anak saudara sebelum dia kemudian menelefon JPAM,” katanya.
Dalam pada itu, Pegawai JPAM Alor Gajah Leftenan Muda Pertahanan Awam Mohammad Fairul Asikin Kadir mengesahkan kejadian itu.-sinar0nline
Ular tersebut tiba-tiba menegakkan kepala dan cuba mematuk - gambar hiasan |

Anggota
JPAM, Ismail Zulkifli Ahmad (kanan) dan Noorlizah Rosli memegang
ular tedung
selar yang berjaya ditangkap
|
Sementara itu pemilik kebun, Jaafar Ibrahim, 51, berkata, kehadiran binatang reptilia itu pada mulanya hanya disedari oleh salah seorang anaknya yang ternampak haiwan berkenaan berada dalam pagar reban ayam miliknya.
Menurutnya, dia kemudian mendekati reban ayam terbabit bagi memastikan sama ada ia benar ular ataupun sebaliknya dan terkejut mendapati sebahagian badan ular tedung selar bersaiz lebih kurang sebesar lengan lelaki berada dalam reban ayam.
“Saya ketika itu memang berada di luar rumah dan mendapati bunyi bising di reban ayam namun tidak mengesyaki apa-apa sebelum anak memaklumkan hal itu.
“Terus saya menghubungi seorang anak saudara sebelum dia kemudian menelefon JPAM,” katanya.
Dalam pada itu, Pegawai JPAM Alor Gajah Leftenan Muda Pertahanan Awam Mohammad Fairul Asikin Kadir mengesahkan kejadian itu.-sinar0nline
No comments
Post a Comment