10 koleksi wajah ceria Siti Saleha lepas putus cinta dengan lelaki "mat saleh"
PETALING JAYA: Pelakon Siti Saleha memberitahu dia kini berjaya melalui situasi 'jiwa kacau' selepas hubungan cinta selama dua tahun dengan lelaki Eropah berakhir beberapa minggu lalu.
Saleha atau Siti Saleha Mohd. Baharom, 26, berkata, dia yakin perasaan putus cinta yang sedang dilaluinya itu tidak menjejaskan fokus terhadap kerjaya lakonan.
"Ya sekarang saya single dan kini mahu fokus kepada kerjaya lakonan sahaja. Tidak ada apa yang menarik untuk bercerita tentang cinta saya ini.
"Apa yang saya boleh kata hubungan tersebut penuh dengan drama dan Alhamdulillah, jiwa tak kacau lagi dah," ujarnya kepada mStar Online.
Siti Saleha diminta mengulas tentang hubungan cintanya dengan seorang jejaka berbangsa Inggeris yang dikatakan sudah berakhir.
Bagaimanapun, aktres tersebut enggan berkongsi sebab hubungan yang dibina sejak 2014 lalu itu putus.
Sementara itu, Siti Saleha yang bakal menjayakan pementasan teater Zombie La La La berkata, dia menerima tawaran tersebut untuk keluar daripada zon selesanya sebagai seorang pelakon.-Mstar online
Siti Saleha |

No comments
Post a Comment