Awas pencari rumah sewa, jangan sampai "kena kencing" dengan lelaki ini
KUALA LUMPUR: Perhatian! Sindiket penipuan mengiklan rumah sewa palsu menerusi laman sesawang terkenal, Mudah.my nampaknya semakin berleluasa apabila ‘si penipu’ dengan mudah dilihat berjaya mengaut keuntungan daripada mangsa.
Menggunakan modus operandi dengan mengiklan rumah untuk disewa, ‘kaki kelentong’ ini biasanya memilih lokasi strategik yang menjadi tumpuan bakal penyewa, selain memuat naik gambar rumah ala ‘hotel’ sebagai menarik perhatian mangsa.
Bakal penyewa akan menghubungi suspek menerusi maklumat yang dilampirkan bersama iklan tersebut, sebelum meminta mangsa untuk memindahkan wang pendahuluan dengan alasan sekiranya mangsa tidak membuat pembayaran, rumah tersebut akan ‘disewakan’ kepada penyewa lain.
Itu antara taktik biasa yang digunakan oleh si penipu dalam menggaut keuntungan menerusi iklan rumah sewa palsu.
Terbaharu, seorang mangsa yang enggan dikenali memberitahu Malaysia Digest, suspek menggunakan identiti sebagai agen hartanah yang kononnya diupah oleh pemilik rumah untuk berurusan dengan bakal penyewa yang berminat untuk menyewa rumah yang diiklankan.
Berikutan itu, Malaysian Digest cuba mengbongkar sindiket tersebut dengan menghubungi suspek menerusi maklumat yang diperolehi oleh mangsa yang ditipu ribuan ringgit, baru-baru ini.
Ternyata, suspek yang dikenali sebagai Lucas Tan, 30-an, yang disifatkan sebagai ‘kaki putar’ tidak perlu menunggu lama untuk memberi respon selepas ditanya sekiranya rumah sewa yang diiklankan di laman sesawang, Mudah.my itu masih lagi dalam pasaran.
Sebagai meyakinkan bakal penyewa, Tan yang mendakwa dirinya sebagai agen sebuah syarikat hartanah, GS Reality dan diupah oleh pemilik asal rumah, dengan pantas memberikan gambar rumah sewa berkenaan.
Namun, Tan meletakkan syarat supaya bakal penyewa perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM700 sebelum membolehkan penyewa dibawa melihat rumah tersebut atau RM1,700 sekiranya bakal penyewa mahu terus mendapatkan kunci rumah dan menyewa rumah itu.
Kata Tan, wang tersebut perlu dipindahkan ke dalam akaun ‘pemilik rumah’ dengan kadar segera untuk membolehkan dia memaklumkan kepada pemilik asal rumah itu bagi mendapatkan kunci rumah dan menyiapkan dokumen perjanjian sewaan.
Bagaimanapun, Malaysian Digest meminta untuk berjumpa dengan suspek sebelum membuat pemindahan wang. Namun, Tan mendakwa dia terlalu sibuk dan hanya boleh berjumpa selepas wang dimasukkan ke dalam akaun ‘pemilik rumah’.
Selepas diaju dengan pelbagai soalan termasuk identiti pemilik asal rumah dan lokasi pejabatnya, Tan mula resah dan menuduh pihak Malaysian Digest tidak mempercayainya yang kononnya sebagai ‘agen berdaftar’.
Selepas hampir 3 jam berhubung dengan Tan menerusi aplikasi WhatsApp, Tan menyedari dirinya telah dipermainkan, sebelum mula ‘naik angin’ berikutan wang yang dijanjikan untuk dipindahkan ke dalam akaunnya masih belum dimasukkan.
Tan akhirnya menyekat Malaysian Digest daripada menghubunginya.
sumber - malaysiandigest
‘kaki kelentong’ ini biasanya memilih lokasi strategik yang menjadi tumpuan bakal penyewa - gambar hiasan |
Menggunakan modus operandi dengan mengiklan rumah untuk disewa, ‘kaki kelentong’ ini biasanya memilih lokasi strategik yang menjadi tumpuan bakal penyewa, selain memuat naik gambar rumah ala ‘hotel’ sebagai menarik perhatian mangsa.
Bakal penyewa akan menghubungi suspek menerusi maklumat yang dilampirkan bersama iklan tersebut, sebelum meminta mangsa untuk memindahkan wang pendahuluan dengan alasan sekiranya mangsa tidak membuat pembayaran, rumah tersebut akan ‘disewakan’ kepada penyewa lain.
Itu antara taktik biasa yang digunakan oleh si penipu dalam menggaut keuntungan menerusi iklan rumah sewa palsu.
Terbaharu, seorang mangsa yang enggan dikenali memberitahu Malaysia Digest, suspek menggunakan identiti sebagai agen hartanah yang kononnya diupah oleh pemilik rumah untuk berurusan dengan bakal penyewa yang berminat untuk menyewa rumah yang diiklankan.
Ternyata, suspek yang dikenali sebagai Lucas Tan, 30-an, yang disifatkan sebagai ‘kaki putar’ tidak perlu menunggu lama untuk memberi respon selepas ditanya sekiranya rumah sewa yang diiklankan di laman sesawang, Mudah.my itu masih lagi dalam pasaran.
Sebagai meyakinkan bakal penyewa, Tan yang mendakwa dirinya sebagai agen sebuah syarikat hartanah, GS Reality dan diupah oleh pemilik asal rumah, dengan pantas memberikan gambar rumah sewa berkenaan.
Namun, Tan meletakkan syarat supaya bakal penyewa perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM700 sebelum membolehkan penyewa dibawa melihat rumah tersebut atau RM1,700 sekiranya bakal penyewa mahu terus mendapatkan kunci rumah dan menyewa rumah itu.
Kata Tan, wang tersebut perlu dipindahkan ke dalam akaun ‘pemilik rumah’ dengan kadar segera untuk membolehkan dia memaklumkan kepada pemilik asal rumah itu bagi mendapatkan kunci rumah dan menyiapkan dokumen perjanjian sewaan.
Bagaimanapun, Malaysian Digest meminta untuk berjumpa dengan suspek sebelum membuat pemindahan wang. Namun, Tan mendakwa dia terlalu sibuk dan hanya boleh berjumpa selepas wang dimasukkan ke dalam akaun ‘pemilik rumah’.
Selepas diaju dengan pelbagai soalan termasuk identiti pemilik asal rumah dan lokasi pejabatnya, Tan mula resah dan menuduh pihak Malaysian Digest tidak mempercayainya yang kononnya sebagai ‘agen berdaftar’.
Selepas hampir 3 jam berhubung dengan Tan menerusi aplikasi WhatsApp, Tan menyedari dirinya telah dipermainkan, sebelum mula ‘naik angin’ berikutan wang yang dijanjikan untuk dipindahkan ke dalam akaunnya masih belum dimasukkan.
Tan akhirnya menyekat Malaysian Digest daripada menghubunginya.
sumber - malaysiandigest
No comments
Post a Comment