Budak perempuan 9 tahun selamat dari diculik sempat terjun dari kereta
Ipoh: Budak perempuan berusia sembilan tahun sempat keluar dari kereta ibunya yang dicuri seorang lelaki di hadapan pusat asuhan di Taman Meru Perdana, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian 6.50 petang, ibu mangsa dikatakan ke pusat asuhan berkenaan untuk mengambil anak bongsunya, manakala anak sulungnya itu ditinggalkan dalam kereta di bahagian tempat duduk belakang.
Menurut sumber, wanita berusia 38 tahun itu meninggalkan kereta jenis Honda Accord dengan nombor pendaftaran WPW 5975 dalam keadaan enjin tidak dimatikan.
"Semasa wanita itu pergi ambil anak bongsunya, tiba-tiba anak sulung berlari ke arahnya yang berada di hadapan pintu pusat asuhan berkenaan iaitu kira-kira 40 meter dari lokasi kereta diletakkan.
"Anak sulungnya itu menjerit mengatakan ada orang masuk ke dalam kereta dan terus bawa lari kereta," katanya.
Sumber berkata, kecurian itu mengakibatkan mangsa kehilangan beg tangan dan telefon bimbit yang ditinggalkan dalam keretanya.
"Seorang lelaki yang juga penduduk taman berkenaan yang menyaksikan kejadian itu turut cedera apabila terjatuh dari motosikal akibat dihimpit pencuri kereta itu ketika cuba mengejarnya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.- Hmetro

No comments
Post a Comment