Terkini

Lelaki temui kasut yang ada sisa kaki pemilik di dalamnya

Victoria: Sebahagian kaki yang masih berada di dalam kasut sukan ditemui di pantai British Columbia baru-baru ini, yang ke-13 seumpamanya sejak 2007.

Lelaki temui kasut yang ada sisa kaki manusia di dalamnya
Lelaki temui kasut yang ada sisa kaki manusia di dalamnya

Jabatan Coroner British Columbia berkata, kasut terbaru yang ditemui itu dijual di Amerika Utara pada Mac 2013, mendorong penyiasat percaya pemilik kaki itu mati antara tahun berkenaan dan Disember tahun lalu.

“Kajian awal menunjukkan sisa kaki itu tertanggal semula jadi daripada badan pemiliknya kerana terlalu lama terendam dalam air,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat berkenaan.

Ia ditemui pada 7 Februari oleh satu keluarga yang bersiar-siar di Pantai Botanical di Pulau Vancouver, menurut laporan Perbadanan Penyiaran Kanada.

Charlotte Stephens memberitahu stesen berkenaan, suaminya memungut kasut itu di pantai, tetapi tidak menyedari sesuatu yang luar biasa.

“Tetapi, apabila kami teliti selama kira-kira lima minit, ia kelihatan hampir menyerupai tulang kaki,” kata Charlotte.

Penemuan seumpama itu mencetuskan beberapa teori mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Pada 2008, setahun selepas beberapa kaki terdampar di pantai di kawasan sama, Akhbar Toronto Star melaporkan, spekulasi mengenainya adalah
pelbagai, dari bencana seperti tsunami pada 2004 hingga ke perbuatan pengedar dadah, pembunuh bersiri dan penyeludupan manusia.

Sehingga kini, pihak berkuasa berjaya mengenal pasti pemilik 10 daripada 13 kaki yang ditemui sepanjang sembilan tahun lalu.

Bagaimanapun, tidak satupun kes itu membabitkan jenayah, kata pejabat koroner. - Agensi/Hmetro

No comments