Menganggap dirinya hampir mati, lalu menghasilkan putik "zuriat" yang lebat
KANGAR - Cuaca panas terik ekoran fenomena El Nino yang sedang melanda negara ketika ini amat baik bagi proses pertumbuhan dan penghasilan mangga Harumanis yang berkualiti.
Pengarah Institut Agroteknologi Lestari Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Prof Mahmad Nor Jaafar berkata, cuaca panas dan kering akan melebatkan pertumbuhan putik bunga seterusnya berupaya meningkatkan pengeluaran buah Harumanis yang lebih banyak.
"Apabila cuaca terik dan kemarau, pokok akan mengeluarkan bunga yang lebat akibat mengalami proses tekanan dan menganggap dirinya hampir mati, lalu menghasilkan putik 'zuriat' yang lebat.
"Lebih banyak putik bunga yang terhasil maka ia lebih baik untuk potensi pengeluaran buah yang banyak kerana hanya 10 peratus sahaja bunga yang akan jadi buah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Mahmad Nor berkata berdasarkan kajian dilakukan UniMAP, sememangnya peratusan pengeluaran Harumanis meningkat dengan ketara ketika musim panas berbanding musim hujan di mana produktiviti buah 'tidak menjadi'.
"Sebelum tiba musim tuaian buah pada April nanti, tiga fasa pembungaan akan berlaku antara dua dan tiga minggu setiap fasa. Bila putik bunga keluar, bekalan air pada tanah perlu cukup untuk pokok membesar dan menghasilkan buah," katanya.
Mahmad Nor berkata cuaca panas dan kering sebelum tempoh buah masak ranum juga akan menghasilkan mangga Harumanis yang lebih manis dan mempunyai tekstur yang cantik.
"Mangga ini memang sudah manis rasanya tetapi bila cuaca panas ia akan lebih manis daripada mangga Pakistan, tekstur buah juga lebih pejal dan tidak berair," katanya.
Beliau berkata, mangga Harumanis memang mudah dijaga ketika musim panas terik kerana tidak memerlukan banyak air tetapi sewaktu proses pembungaan berlaku ia perlu dijaga daripada segi komposisi air yang betul dalam tanah.
"Jika hujan terlalu kerap dan tanah lebih lembap serta banyak air ia akan merosakkan bunga, malah ada pokok yang tidak keluar bunga dan terus mengeluarkan pucuk.
"Keadaan ini akan merunsingkan peladang kerana pokok yang menghasilkan pucuk tidak akan mengeluarkan buah seterusnya mempengaruhi pendapatan mereka," katanya. - Bernama
Apabila cuaca panas dan kemarau, pokok akan mngeluarkan bunga yang lebat |

No comments
Post a Comment