Penunggang motorsikal hampir terlanggar buaya yang merayap di jalan kampung
SRI AMAN . – Seekor buaya seberat 150 kilogram (kg) mengejutkan penduduk Rumah Panjang Mancha Tawang Hulu di sini, apabila ditemukan berkeliaran di tengah jalan raya di perkampungan itu semalam.
Buaya sepanjang kira-kira 4.5 meter itu dijumpai di perkampungan masyarakat Iban berkenaan pada pukul 9.15 malam.
Penemuan tersebut amat mengejutkan kerana sebelum ini penduduk dari rumah panjang berkenaan tidak pernah terserempak dengan reptilia ganas itu di atas jalan raya.
Seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Halley, 40-an, berkata, dia hampir melanggar buaya tembaga itu ketika sedang menunggang motosikalnya menuju ke rumah panjang berkenaan.
“Pada mulanya, saya ternampak satu objek kaku di atas jalan raya seperti sebatang kayu besar yang menghalang jalan.
“Apabila dihampiri dan melihat betul-betul, saya terkejut mendapati objek itu rupa-rupanya seekor buaya dewasa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Halley memberitahu, dalam keadaan panik, dia masih sempat terfikir menghubungi rakannya untuk tindakan lanjut.
Katanya, sebaik sahaja rakannya tiba, mereka mengambil keputusan untuk menghalau reptilia itu ke Sungai Batang Lupar yang terletak kira-kira 20 meter dari jalan di situ.
Menurutnya, mereka mengambil masa hampir sejam menghalau sang bedal itu menggunakan sebatang kayu sebelum dapat membawanya ke sungai.
“Kami amat bersyukur kerana buaya itu tidak bertindak agresif dan menyerang kami semasa cuba dihalau,” katanya.-utusanonline
Penunggang motorsikal hampir terlanggar buaya yang merayap di jalan kampung |

No comments
Post a Comment