Video paling dramatik dalam usaha menyelamatkan pekerja yang terperangkap
HONG KONG: Empat pekerja yang terperangkap selama 36 hari akibat runtuhan lombong gipsum berjaya diselamatkan, menurut media.
Stesen televisyen rasmi kerajaan, CCTV pula melaporkan operasi menyelamatkan pekerja terperangkap lebih 200 meter di dalam lombong mengambil masa dua jam kerana permukaan yang bertindih satu persatu.
Rakaman video CCTV paling dramatik menunjukkan anggota penyelamat bertepuk tangan ketika mangsa dibawa ke permukaan dalam kejadian di wilayah Shandong, timur China.
Mangsa dibawa naik satu persatu menggunakan laluan sempit. Semua mangsa diberikan selimut dan dibawa memasuki ambulans.
Empat mangsa berkenaan adalah antara 29 orang terperangkap dalam lombong itu yang runtuh pada 25 Disember lalu. Daripada 29 pekerja, 11 berjaya diselamatkan pada hari berikutnya dan seorang diumumkan mati manakala 13 belum dipastikan nasib mereka.
Anggota penyelamat mula mengesan mereka yang masih hidup pada 30 Disember lalu
Empat yang ditemui ialah Xhicheng, 50; Li Qiusheng, 39; Guan Qingji, 58, dan Hua Mingxi, 36. - AFP/bharian
Video paling dramatik usaha menyelamatkan pekerja yang terperangkap |

No comments
Post a Comment